[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
MALAYSIA

MH370: Najib hadir taklimat perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat

Bernama 11/03/2014 | 14:21 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan lokasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman. -- fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diberi taklimat mengenai perkembangan serta perancangan terkini operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas.
Taklimat selama satu jam setengah itu disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman di Pusat Keselamatan Koordinasi Aeronautika, Pusat Kawalan Trafik Udara DCA di Subang.
Turut sama dalam taklimat itu Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.41 tengah malam Jumaat.
Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.
#hilang #kl-beijing #MAS #MH370 #Najib Tun Razak #taklimat