[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

MH370: Najib tangguh lawatan ke UAE, Qatar

Bernama 14/03/2014 | 13:13 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan lawatan rasmi beliau ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar, dijadualkan dari esok hingga Rabu ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Najib mahu terus berada di Malaysia bagi memantau misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Penerbangan MH370 menggunakan pesawat Boeing 777-200ER, hilang secara tiba-tiba semasa dalam penerbangan ke Beijing pada awal pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Pesawat itu membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang termasuk 153 warga China.

Operasi mencari membabitkan pelbagai negara yang masuk hari ketujuh hari ini masih belum menemui pesawat itu.
#Boeing 777-200 #MH370 #Najib Razak #penerbangan Malaysia #solat hajat