awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
Papa Zola The Movie bakal tembusi pasaran antarabangsa mulai Januari 2026
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Pencarian pesawat mencecah 15,000km persegi di Lautan Hindi

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2015
00:54 MYT
MH370: Pencarian pesawat mencecah 15,000km persegi di Lautan Hindi
LIOW: Jumlah kewangan yang dikeluarkan oleh kerajaan Australia dan Malaysia telah membuka ruang untuk tender terbuka dan ini membolehkan pencarian menggunakan Fugro Discovery berlaku di kawasan Lautan Hindi Selatan. - Gambar Fail
Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac sudah menjangkau 15,000 kilometer persegi daripada 60,000 kilometer persegi di kawasan pencariannya di Lautan Hindi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kira-kira 26 peratus kawasan pencarian sudah dimasuki menggunakan empat kapal pencarian.
Bagaimanapun, sekiranya terdapat penambahan kemudahan itu dijangka dapat menghabiskan baki kawasan carian pada Mei ini.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan kerajaan Australia yang masing-masing memperuntukkan 173.4 juta ringgit untuk membuat tender terbuka.
“Dan apabila tender dipanggil Malaysia terlibat kerana negara ini dan Australia mengeluarkan dana pencarian pesawat ini dari segi dana yang kita sediakan berjumlah RM60 juta dan Australia juga mengeluarkan AUSD60 juta, oleh itu jumlah kewangan ini kita telah membuat tender terbuka dan kita telah mendapat kontrak Fugro Discovery untuk mencari di kawasan Lautan Hindi Selatan," kata Tiong Lai ketika ditemui selepas lawatan beliau di Bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Muar, Johor.
Malaysia akan menghantar beberapa pakar bagi membantu kerajaan Indonesia menyiasat kes pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas pada bulan lalu.
Kerajaan Indonesia menubuhkan jawatankuasa khas dengan membenarkan Malaysia menghantar pakar penyiasatnya bagi menyiasat punca kemalangan tersebut.
Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sehingga kini, pesawat itu belum ditemui bagi membongkar misteri kehilangannya dan usaha mencari masih diteruskan.
Topic Berkaitan
#Australia
#Beijing
#Fugro Discovery
#Lautan Hindi
#Liow Tiong Lai
#MAC
#MH370
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan