awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: Penganut Hindu ASTRO adakan sembahyang khas

Vilashiiney Panneerselvam
Vilashiiney Panneerselvam
13/03/2014
09:23 MYT
MH370: Penganut Hindu ASTRO adakan sembahyang khas
-Filepic-
Penganut agama Hindu dari ASTRO telah mengadakan sebuah upacara sembahyang khas untuk penumpang dan krew pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih hilang. Upacara tersebut berlangsung di kuil Sri Maha Kaliamman, Serdang pukul 8.00 pagi hari ini. Vijayarani Sellapa dari Bahagian Komunikasi ASTRO yang turut menghadiri upacara sembahyang khas ini berkongsi harapan dan berkata dia juga turut terkejut dengan berita kehilangan pesawat MH370. “Saya amat terkejut dan ini merupakan kali pertama kita kehilangan pesawat. Tambahan pula, terdapat 239 nyawa di atas pesawat tersebut yang kita masih tidak ada sebarang maklumat mengenai kedudukan dan situasi mereka,” kata S.Vijayarani.
mh370
mh370
Antara warga ASTRO yang menghadiri upacara sembahyang khas untuk menumpang dan krew MH370
Dia juga berkata orang ramai patut berhenti mengaitkan kejadian ini dengan politik. "Seluruh dunia berdoa untuk nyawa-nyawa yang berada dalam pesawat itu tanpa mengira agama dan bangsa. Semua orang berharap agar mereka kembali ke pangkuan keluarga. Saya memohon agar semua orang berhenti mereka cerita, mengejek dan mengaitkan kejadian ini dengan politik. Kita patut hanya berdoa dan harapkan yang terbaik" Manakala, Ketua Perniagaan Pelanggan India ASTRO, Murugiah Vellay berkata upacara sembayang khas ini diadakan dengan harapan kesemua penumpang MH370 dan krewnya akan sampai ke Malaysia dalam keadaan selamat dan berharap keluarga penumpang MH370 mampu bersabar dan bertenang.
mh370
mh370
Murugiah Vellay (kanan)
Murugiah juga berkata, beliau berada di Singapura semasa menerima berita mengenai kehilangan pesawat MH370. “Saya berada di Singapura semasa menerima berita mengenai kehilangan pesawat MH370 pada pukul 6.30 pagi. Saya amat terkejut dan saya tidak boleh percaya kejadian seperti ini boleh berlaku. Jadi, kami mengadakan upacara sembahyang khas ini untuk penumpang dan krew pesawat MH370,”kata V.Murugiah. Murugiah juga berkata saluran Bahasa Tamil ASTRO tempatan; ASTRO Vaanavil, Vellithirai dan Vinmeen HD akan mengurangkan program hiburan tempatan yang disiarkan. Saluran-saluran tempatan ASTRO Bahasa Malaysia dan saluran lain di ASTRO juga akan mengurangkan program hiburan di saluran tersebut. Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu
Topic Berkaitan
#agama Hindu
#Astro
#MH370
#penganut
#upacara sembayang khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan