awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH370: PM adakan perbincangan dengan menteri dan pegawai kanan

Bernama
Bernama
19/03/2014
13:42 MYT
MH370: PM adakan perbincangan dengan menteri dan pegawai kanan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi taklimat khas oleh Panglima Angkatan Tentera General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (dua, kiri) berhubung operasi mencari pesawat MH370. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri dan pegawai kanan yang berkenaan mengenai kawasan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.
"Berbincang mengenai pencarian MH370 dengan (Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri) Hishammuddin Tun Hussein dan (Menteri Luar Datuk Seri) Anifah Aman pagi ini.
"Turut hadir untuk memberikan penjelasan mengenai kawasan pencarian kita - yang telah diperluaskan kepada 2.24 juta batu persegi - ialah panglima angkatan tentera Malaysia, panglima tentera udara, polis, DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS (Malaysia Airlines)," kata Najib dalam catatan terbaharu Facebooknya.
Perbincangan itu diadakan di pejabatnya di bangunan Parlimen.
Dalam status Facebooknya, Najib turut berkongsi gambar semasa perbincangan itu yang menunjukkan Hishammuddin, Anifah, Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud.
Misi mencari pesawat MH370 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal masuk hari ke-12 sejak hilang pada 8 Mac semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#MH370
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan