MH370: Teritip di flaperon 777 tidak beri gambaran asal usul serpihan

Mohd Dzulfitri Md Yusuf
Ogos 1, 2015 02:52 MYT
Teritip yang didapati di serpihan pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion tidak dapat memberi gambaran lokasi sebenar datangnya atau hanyutnya serpihan Boeing 777. - Gambar AP
Teritip yang didapati di serpihan pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion tidak dapat memberi gambaran lokasi sebenar datangnya atau hanyutnya serpihan Boeing 777.
Menurut Prof Dr Zulfigar Yassin, Pengarah Pusat Institut Oseanografi dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengatakan apa yang perlu dicari ialah organisma lain yang mungkin ada di serpihan pesawat itu.
Teritip spesisi Lepas anatifera, iaitu sejenis spesis cosmopolitan yang banyak terdapat di kawasan Lautan Hindi dari kawasan tropika hingga ke kawasan sub-tropika.
“Teritip ini mempunyai satu kitaran hidup yang kompleks dimana tahap plantonik atau tempoh ianya berenang lebih kurang dua bulan sebelum hinggao di permukaan keras seperti serpihan ini”, kata Zulfigar ketika ditemu bual dalam program Analisis Awani pada Jumaat.
Analisis pada organisma lain yang ada di permukaan flaperon akan dapat memberi gambaran yang lebih tepat.
Akhbar tempatan Pulau Reunion, l'ile de la Réunion memetik pensyarah Naval School of Brest, Perancis yang mengesahkan teritip di serpihan itu adalah spesis lepa anatifera yang hidup di perairan sejuk dan panas.
#flaperon #MH370 #Naval School of Brest #Pulau Reunion #teritp #zulfigar Yassin