Sebanyak 76 waris kepada 32 penumpang pesawat MH370 memohon supaya dua peguam dari Amerika Syarikat dibenarkan mewakili mereka dalam perbicaraan kes saman kecuaian terhadap Malaysia Airline System Berhad (MAS) dan empat pihak lain.
Peguam Michael Yap yang mewakili kesemua plaintif berkata pihaknya memohon supaya dua peguam itu, Steven C Marks dan Roy Kalman Altman dibenarkan membantu mengendalikan kes saman itu kerana kepakaran mereka dalam kes melibatkan industri penerbangan.
Beliau yang ditemui pemberita selepas prosiding di dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Azlin Othman memaklumkan bahawa permohonan itu dibuat di bawah Seksyen 18 Akta Profesion Undang-Undang 1976.
Permohonan itu akan didengar pada 21 Oktober.
Peguam yang mewakili Majlis Peguam, Farez Mohd Ali Jinnah pula membantah permohonan itu dan berkata kedua-dua peguam dari Amerika Syarikat yang dinamakan untuk membantu perbicaraan itu tidak memenuhi kriteria bagi mewakili kesemua plaintif mengikut Seksyen 3 akta sama.
Pada 7 Mac lepas, 76 waris itu telah memfailkan saman kecuaian terhadap MAS dan empat pihak lagi berhubung kehilangan 32 orang anggota keluarga mereka semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Mereka yang terdiri daripada 66 warga China, lapan warga India dan dua warga Amerika Syarikat turut menamakan Malaysia Airlines Berhad (MAB), ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia selaku defendan dalam saman itu.
Mereka mewakili mangsa MH370 yang terdiri daripada 26 warga China, lima warga India dan seorang warga Amerika yang menaiki pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan dijangka mendarat di Beijing, China pada hari sama.
Dalam pernyataan tuntutan itu kesemua plaintif mendakwa kehilangan MH370 dan kematian 239 penumpang serta anak kapal di dalam pesawat itu adalah disebabkan kecuaian MAS.
Plaintif mendakwa MAS pada setiap masa material, merupakan pengendali MH370 dan bertanggungjawab untuk mengendali dan menguruskan supaya penerbangan pesawat MH370 selamat sampai ke destinasi.
Mereka mendakwa MAS telah memungkiri kontrak pengangkutan yang dimasuki oleh syarikat itu dengan penumpang MH370 yang menyatakan bahawa MAS akan bertanggungjawab terhadap kelayakan terbang pesawat berkenaan dan keselamatan kesemua penumpang di dalam kapal.
Mereka menegaskan bahawa disebabkan tindakan salah oleh kelima-lima defendan, mereka telah mengalami kerugian dan kerosakan, kehilangan kasih sayang keluarga, kehilangan saraan kewangan dan mengalami kecederaan emosi dan trauma akibat insiden yang berlaku.
Kesemua waris penumpang itu yang memfailkan saman berkenaan bersama-sama dalam satu pernyataan tuntutan memohon ganti rugi khas, am, teruk, kos pengkabungan, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bernama
Fri Aug 05 2016
Dua peguam Amerika itu dikatakan sebagai 'pakar' dalam kes melibatkan industri penerbangan. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia pertimbang tawaran pencarian semula MH370 di lokasi baharu
Malaysia sedang mempertimbang tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian MH370.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.
Kapal latihan China JinggangShan pernah terlibat dalam misi pencarian MH370 - Exco
Satu daripada dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada Sabtu lepas pernah terlibat dalam misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 pada 2014.
Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'
Intan Maizura berkata walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.
Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kehilangan MH370: Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan terlalu tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahu
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.