awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson

Bernama
Bernama
30/07/2024
12:15 MYT
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
Senator Datuk Dr R. Nelson berkata beliau telah menerima memorandum diserahkan oleh Ketua Wanita MIC N.Saraswati di Parlimen hari ini yang memfokus kepada kesan media sosial terhadap kanak-kanak dan akan menyampaikannya kepada Kementerian Komunikasi semasa persidangan Dewan Negara dalam minggu ini.
"Mereka mahu ia dikawal selia untuk pengesahan nama, perkara yang telah dibincangkan oleh kementerian dan berkuat kuasa Januari kita perlu mendaftar, namun Wanita MIC tetap bimbang terhadap kesan media sosial kepada kanak-kanak dan pelajar," katanya kepada Bernama di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden MIC berkata selain itu memorandum tersebut turut menyentuh mengenai apa yang dilakukan kerajaan bukan saja tentang identiti tetapi juga siapa yang boleh menggunakannya dan masa yang diperuntukkan oleh kanak-kanak serta kawalan oleh ibu bapa.
Nelson berkata perkara ini memerlukan pandangan daripada pakar serta pihak kementerian untuk membentuk solusi terbaik selain melahirkan pengguna media sosial muda yang lebih bertanggungjawab seterusnya mengelakkan mereka terlibat atau menjadi mangsa jenayah siber.
Sementara itu, Saraswati berkata tempoh masa yang dibazirkan oleh pelajar sekolah dan kanak-kanak di media sosial amat membimbangkan yang bukan sahaja boleh menjejaskan prestasi akademik malah memberi kesan kepada kesihatan mereka.
"Mereka ini boleh berada di talian sehingga tujuh jam yang menyebabkan pelajaran mereka merosot dan kesihatan terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIC
#cadangan kawal selia
#penggunaan media sosial
#R Nelson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan