MALAYSIA
MICHELIN Guide 2026: Terra Dining & Akâr terima bintang pertama, angkat martabat kulinari Malaysia
Akâr Dining dan Terra Dining bergambar bersama maskot Michelin selepas kedua-dua restoran itu diumumkan sebagai penerima One MICHELIN Star dalam MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Penang 2026. - Gambar Michelin
KUALA LUMPUR: Dua restoran tempatan, Terra Dining dan Akâr Dining, melakar sejarah tersendiri apabila dinaik taraf sebagai penerima One MICHELIN Star dalam pelancaran MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Penang 2026, sekali gus mengangkat masakan Malaysia ke pentas antarabangsa.
Ringkasan AI
Pengiktirafan itu diumumkan dalam edisi keempat panduan berprestij tersebut yang menampilkan 151 premis makanan, merangkumi kategori MICHELIN Star, Bib Gourmand dan MICHELIN Selected.
MICHELIN Guide edisi 2026 terus menonjolkan landskap kulinari Malaysia yang kian matang dengan gabungan resipi warisan, idea baharu dan inovasi kreatif daripada warung tepi jalan hingga restoran fine dining.
Bagi Terra Dining, pengiktirafan itu menjadi tanda penghormatan terhadap usaha mengangkat semula hidangan tradisi Malaysia dalam konteks moden.
Pemilik dan Chef Terra Dining, Chef Chong, berkata pengiktirafan tersebut bukan kemenangan peribadi, sebaliknya kemenangan untuk negara.
“Saya sangat teruja, sangat bersyukur, tapi lebih daripada kemenangan peribadi, ia sebenarnya kemenangan untuk Malaysia, kerana walaupun ia masakan Malaysia moden, ia dibuat dengan cara yang sangat tradisional,” katanya.
Beliau berkata Terra menampilkan interpretasi baharu hidangan yang sudah berakar puluhan tahun dalam budaya tempatan.
“Kita buat banyak hidangan seperti asam laksa, laksam, Sarawak laksa, jadi saya hanya bermain dengan makanan yang kita makan sejak 100 tahun dahulu.
"Saya gembira kerana perkara itu diiktiraf di peringkat antarabangsa dan melalui masakan ini, kita boleh berdiri sama tinggi dengan restoran terbaik di dunia," katanya.
Chef Chong turut menjelaskan falsafah dapurnya yang tidak mengubah menu terlalu kerap kerana menghormati makna asal sesuatu hidangan.
“Salah satu pilihan saya ialah tidak menukar menu terlalu kerap kerana untuk hidangan yang ada makna dalam hati kita seperti otak-otak, saya tidak boleh ubah tanpa memenuhi beberapa kriteria.
“Secara falsafah ia mesti masuk akal, dan secara teknikal ia perlu menjadi penambahbaikan daripada yang asal,” ujarnya.
Beliau menambah bahawa kejayaan Terra turut didorong oleh komitmen pasukan mudanya.
“Kami sebuah restoran yang sangat muda, dan kebanyakan pasukan saya mempunyai pengalaman Michelin yang sangat sedikit. Saya sangat berterima kasih kepada mereka untuk dedikasi ini,” tambahnya.
Sementara itu, Akâr Dining turut menerima bintang pertamanya hasil pendekatan kreatif yang memberi tumpuan untuk mempersembahkan Malaysia melalui perspektif gastronomi yang lebih luas.
Pemilik dan Chef Akâr Dining, Chef Aidan Low, berkata pengiktirafan itu membuktikan potensi besar yang dimiliki Malaysia dalam dunia kulinari.
“Saya sangat gembira untuk pasukan, tetapi lebih daripada itu, pengiktirafan ini menunjukkan betapa indahnya Malaysia dan betapa banyak lagi yang boleh ditawarkan,” katanya.
Beliau berkata fokus pasukannya sejak beberapa tahun lalu adalah untuk mempersembahkan Malaysia secara konsisten melalui hidangan bertaraf dunia.
“Sepanjang tahun, kami bekerja keras untuk mempersembahkan Malaysia dengan cara kami. Saya harap lebih ramai orang akan memahami apa lagi yang Malaysia boleh tawarkan,” jelasnya.
Akâr, yang dibuka pada tahun 2020 ketika pandemik, menukar haluan dengan memberi tumpuan penuh kepada ramuan tempatan dan kisah komuniti.
“Kami pergi ke kampung, bertemu Orang Asli, belajar gaya hidup mereka dan memahami apa lagi yang boleh dibawa ke meja makan.
"Selain street food yang memang hebat, kerja kami dalam fine dining juga boleh mencapai tahap world-class,” katanya.
Chef Aidan menegaskan bahawa bintang pertama itu tidak akan mengubah hala tuju restorannya.
“Saya sangat bersyukur, tetapi bintang atau tidak, cara kami bekerja tetap sama,” tambahnya.
Dalam edisi kali ini, Dewakan terus mengekalkan status Two MICHELIN Star buat kali ketiga, selain menerima pengiktirafan MICHELIN Green Star atas komitmen terhadap kelestarian gastronomi.
Pengarah Antarabangsa MICHELIN Guide, Gwendal Poullennec, berkata Malaysia kini berada dalam era baharu yang menyaksikan warisan dan inovasi berkembang seiring.
“Warisan kulinari dan imaginasi moden bergabung secara harmoni, dan dunia kulinari Malaysia antara yang paling menginspirasikan di Asia,” katanya dalam kenyataan rasmi.
Senarai tahun ini turut memaparkan 58 premis Bib Gourmand serta 84 restoran MICHELIN Selected, termasuk penyertaan baharu seperti Jie, Bidou, Kuki dan beberapa restoran baharu di Pulau Pinang.
Pengiktirafan tersebut sekali lagi menegaskan kedudukan Malaysia sebagai destinasi gastronomi yang berkembang pesat, didorong kreativiti, kepelbagaian dan keterbukaan budaya yang menjadi teras kekuatan kulinari negara.
Ringkasan AI
- Terra Dining dan Akar Dining dinaik taraf sebagai penerima One MICHELIN Star dalam pelancaran MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Penang 2026, mengangkat masakan Malaysia ke pentas antarabangsa.
- MICHELIN Guide edisi 2026 menonjolkan landskap kulinari Malaysia dengan gabungan resipi warisan dan inovasi kreatif, serta Terra Dining menampilkan interpretasi baru hidangan tradisi Malaysia.
- Akr Dining turut menerima bintang pertama dengan fokus untuk mempersembahkan Malaysia melalui perspektif gastronomi yang lebih luas, membuktikan potensi besar Malaysia dalam dunia kulinari.