[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
GADGETS

Micron beli kilang pengeluaran cip semikonduktor Powerchip Taiwan bernilai AS$1.8 bilion

Amanz 20/01/2026 | 06:37 MYT
Micron Technology buat perjanjian bernilai AS$1.8 bilion untuk membeli kilang P5 milik Powerchip Semiconductor Manufacturing Corp di Tongluo, Taiwan sebagai pusat tambahan pengeluaran cip DRAM Micron. -Foto Amanz
MICRON Technology mengambil langkah strategik dalam memperkukuh kapasiti pengeluaran memori global dengan memeterai perjanjian bernilai AS$1.8 bilion bagi membeli kilang P5 milik Powerchip Semiconductor Manufacturing Corp (PSMC) di Tongluo, Taiwan.


Ringkasan AI
  • Micron Technology membuat perjanjian bernilai AS$1.8 bilion untuk membeli kilang P5 milik Powerchip Semiconductor Manufacturing Corp di Tongluo, Taiwan sebagai pusat tambahan pengeluaran cip DRAM Micron.
  • Pengambilalihan kilang dijangka siap pada suku kedua tahun ini dengan operasi penuh bermula menjelang pertengahan 2027, selepas proses naik taraf dilakukan untuk memenuhi standard pengeluaran DRAM Micron.
  • Selain itu, Micron akan terus menggunakan kepakaran Powerchip dalam proses ujian dan pempakejan komponen DRAM untuk mempercepat aliran pengeluaran serta memenuhi permintaan global memori DRAM.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Kilang tersebut, yang sudah siap dibina, akan dijadikan pusat tambahan untuk pengeluaran cip DRAM Micron.

Pengambilalihan dijangka dimuktamadkan pada suku kedua tahun ini, sebelum kilang itu dinaik taraf bagi memenuhi keperluan pengeluaran memori moden.

Operasi pengeluaran penuh dijangka bermula menjelang pertengahan 2027.

Bagaimanapun, menurut laporan, kemudahan sedia ada di kilang tersebut masih tidak memenuhi standard pengeluaran DRAM Micron sepenuhnya.

Justeru, proses naik taraf menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum ia boleh beroperasi pada kapasiti yang dirancang.

Selain pengambilalihan ini, Micron juga akan terus menggunakan kepakaran Powerchip dalam proses ujian dan pempakejan komponen DRAM bagi mempercepatkan aliran pengeluaran selepas cip siap dikilangkan.

Langkah Micron ini dilihat penting dalam usaha syarikat tersebut menampung permintaan global terhadap memori DRAM serta mengukuhkan rantaian bekalan semikonduktor dunia. -Amanz





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang menyebabkan Micron Technology mengambil langkah untuk membeli kilang P5 milik Powerchip Semiconductor Manufacturing Corp (PSMC) di Tongluo, Taiwan?
    A: Micron Technology mengambil langkah untuk memperkukuh kapasiti pengeluaran memori global dengan membeli kilang P5 milik Powerchip Semiconductor Manufacturing Corp (PSMC) di Tongluo, Taiwan.
  • Q: Bila dijangka pengambilalihan kilang P5 oleh Micron Technology akan dimuktamadkan?
    A: Pengambilalihan kilang P5 oleh Micron Technology dijangka dimuktamadkan pada suku kedua tahun ini.
  • Q: Apa yang perlu dilakukan sebelum kilang P5 dapat beroperasi pada kapasiti yang dirancang oleh Micron?
    A: Sebelum kilang P5 dapat beroperasi pada kapasiti yang dirancang oleh Micron, proses naik taraf menyeluruh perlu dilakukan terlebih dahulu.
  • Q: Bagaimana langkah yang diambil oleh Micron untuk mempercepatkan aliran pengeluaran selepas cip siap dikilangkan?
    A: Micron akan terus menggunakan kepakaran Powerchip dalam proses ujian dan pempakejan komponen DRAM bagi mempercepatkan aliran pengeluaran selepas cip siap dikilangkan.
  • Q: Apa tujuan utama langkah strategik yang diambil oleh Micron Technology ini?
    A: Tujuan utama langkah strategik yang diambil oleh Micron Technology ini adalah untuk menampung permintaan global terhadap memori DRAM serta mengukuhkan rantaian bekalan semikonduktor dunia.



#Micron Technology #Powerchip Semiconductor Manufacturing Corp #cip DRAM Micron #permintaan global