GADGETS
Microsoft 365 pada Windows 10 tidak lagi terima ciri baharu selepas Ogos 2026
Microsoft akan menghentikan sokongan ciri baharu untuk aplikasi Microsoft 365 di Windows 10 selepas Ogos 2026, dengan versi terakhir ialah 2608. -Amanz
MEI lalu, Microsoft mengumumkan sokongan aplikasi Microsoft 365 pada komputer Windows 10 akan dilanjutkan ke Oktober 2028.
Ringkasan AI
Tetapi, hari ini Microsoft mengesahkan sebarang ciri baharu tidak lagi akan diberikan selepas Ogos 2026.
Aplikasi akan terhenti pada versi 2608 sahaja dan selepas Ogos 2026, perisian hanya akan menerima sokongan tampalan sekuriti sahaja.
Ini adalah satu lagi usaha Microsoft untuk meminta pengguna berpindah ke Windows 11.
Sokongan untuk Windows 10 akan dihentikan pada 14 Oktober 2025.
Sokongan kemas kini hanya dilanjutkan setahun sahaja lagi jika data disandarkan ke awanan menggunakan Windows Backup.
Walaupun sistem operasi sudah hampir tiba ke akhir hayat, pada permulaan bulan ini pengguna sistem operasi Windows 11 global adalah pada tahap 51.77% berbanding dengan Windows 10 pada tahap 45.02%.
Microsoft mengatakan lebih 1 bilion komputer dunia menggunakan sistem operasi Windows. Ini bermakna masih terdapat ratusan juta PC masih dengan Windows 10. -Amanz
Ringkasan AI
- Microsoft akan menghentikan sokongan ciri baharu untuk aplikasi Microsoft 365 di Windows 10 selepas Ogos 2026, dengan versi terakhir ialah 2608.
- Selepas tarikh tersebut, hanya tampalan keselamatan akan diberikan sehingga sokongan penuh berakhir pada Oktober 2028.
- Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Microsoft untuk menggalakkan pengguna beralih ke Windows 11, walaupun masih terdapat ratusan juta PC menggunakan Windows 10.