GADGETS
Microsoft buang 3% pekerja dalam usaha kurangkan lapisan pengurusan
Microsoft mengumumkan pengurangan 3% tenaga kerja global melibatkan pelbagai bahagian dan tahap operasi. -Gambar fail/Reuters
MICROSOFT hari ini mengumumkan mereka akan mengurangkan seramai 3% tenaga kerja mereka di seluruh dunia, meliputi pelbagai tahap dan bahagian operasi.
Ringkasan AI
- Microsoft mengumumkan pengurangan 3% tenaga kerja global melibatkan pelbagai bahagian dan tahap operasi.
- Langkah ini bertujuan memperkukuh kedudukan syarikat dan mengurangkan lapisan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan.
- Tidak jelas sama ada penggunaan kecerdasan buatan turut menjadi faktor, namun langkah ini selari dengan trend syarikat teknologi lain yang ingin beroperasi lebih pantas dan cekap.
Perubahan ini dikatakan dalam memastikan syarikat terus dalam posisi yang baik, selain pada masa yang sama mengurangkan lapisan pengurusan dalam syarikat tersebut.
Pelbagai syarikat teknologi sedia melaksanakan perkara sama, membolehkan syarikat beroperasi lebih pantas tanpa melalui kerenah pengurusan yang mengambil masa lama.
Di samping itu, ia tidak diketahui adakah implementasi kecerdasan buatan turut menyumbang kepada pengurangan pekerja ini.
Sebelum ini juga, Microsoft telah mengurangkan sejumlah kecil pekerja, mengatakan mereka membuang pekerja yang kurang berprestasi tinggi dalam syarikat. -Amanz
#Microsoft
#pengurangan 3 tenaga kerja global
#perkukuh kedudukan syarikat
#mengurangkan lapisan pengurusan