GADGETS
Microsoft buang sekitar 9,000 pekerja
Microsoft dilapor mengurangkan sekitar 4% tenaga kerja global, melibatkan hampir 9,000 pekerja. -Gambar fail/Reuters
MICROSOFT kini mengurangkan sekitar 4% tenaga kerja mereka, memberikan kesan kepada hampir 9,000 orang pekerja.
Ringkasan AI
Langkah ini memberi impak kepada pekerja pada peringkat global, meliputi pelbagai pasukan dan tahap pekerjaan yang berbeza.
Untuk makluman, sebelum ini, mereka telah membuang sekitar 6000 pekerja pada bulan Mei, dan hampir 300 orang pada bulan Jun.
Langkah ini diambil bagi memposisikan syarikat dalam tahap serta prestasi yang lebih kukuh.
Pengurangan pekerja baharu ini juga turut memberikan kesan kepada pasukan pembangunan permainan video.
Beberapa sumber dalaman mengatakan Microsoft mengambil langkah ini dalam mengurangkan hierarki pelaporan kepada pihak pengurusan atasan, sekali gus menjadikan sesuatu pasukan tersebut boleh bergerak lebih pantas dan efisien. -Amanz
Ringkasan AI
- Microsoft mengurangkan sekitar 4% tenaga kerja global, melibatkan hampir 9,000 pekerja.
- Pengurangan ini menyusul selepas pemotongan 6,000 pekerja pada Mei dan 300 pada Jun, bertujuan memperkukuh prestasi syarikat.
- Langkah ini turut menjejaskan pasukan pembangunan permainan video dan bertujuan mengurangkan hierarki pelaporan untuk meningkatkan kecekapan.