awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft mahu integrasikan AI dalam konsol permainan video

Amanz
Amanz
25/03/2024
06:06 MYT
Microsoft mahu integrasikan AI dalam konsol permainan video
Kita mungkin akan melihat NPC AI Xbox atau Copilot yang boleh menjadi pembantu kepada pemain. -Amanz
MICROSOFT sedang aktif mengembangkan Copilot ke lebih banyak digital dan fizikal kerana masa hadapan sekarang semuanya berkaitan dengan AI generatif.
Satu yang kita masih tidak lihat Microsoft lakukan adalah AI dalam permainan video dan ini akan berubah tidak lama lagi.
Ubisoft telah pun menguji AI untuk menghasilkan dialog watak NPC. Mereka turut telah berjaya melakukan demo apabila pemain berinteraksi dengan NPC AI ini.
Dengan Microsoft yang mula mengiklankan pekerjaan kosong bagi jawatan Pengarah Kanan Sains Gunaan Permainan AI, kita mungkin akan melihat pesaing baharu untuk AI dalam permainan video.
Jawatan Microsoft tawarkan ini adalah untuk menguruskan pasukan sains gunaan dan data bagi pembelajaran model asas yang permainan perlukan.
Jawatan ini akan bekerjasama dengan pasukan studio permainan dan pelbagai platform lain, serta membangunkan sistem AI dan pembelajaran mesin untuk melahirkan platform generasi baharu dan pengalaman bermain lain.
Kita mungkin akan melihat NPC AI Xbox atau Copilot yang boleh menjadi pembantu kepada pemain.
Bila ia akan diperkenalkan masih belum pasti. Ia pasti akan mengambil masa beberapa tahun atau mana tahu konsol Xbox generasi baharu nanti adalah Xbox AI? -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft
#AI Generatif
#Copilot
#AI untuk konsol permainan video
#Xbox
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan