[TERKINI] Peguam Negara Arah Kubur Zara Qairina Digali Semula – Ikuti Perkembangan Di Sini
GADGETS

Microsoft perkenal GPT-5 pada Copilot dan pelbagai produk lain

Amanz 08/08/2025 | 06:00 MYT
Microsoft mula mengintegrasikan GPT-5 ke dalam produk mereka termasuk Copilot, Microsoft 365, GitHub dan Azure, selari dengan pelancaran rasmi oleh OpenAI. -Amanz
SELARI dengan pengenalan GPT-5 oleh OpenAI hari ini, kini Microsoft telah mula memperkenalkan integrasi model kecerdasan buatan janaan terbaharu berkenaan pada pelbagai produk di bawah mereka, sekali gus membolehkan pengguna yang ingin menggunakannya untuk mencubanya serta-merta hari ini.


Ringkasan AI
  • Microsoft mula mengintegrasikan GPT-5 ke dalam produk mereka termasuk Copilot, Microsoft 365, GitHub dan Azure, selari dengan pelancaran rasmi oleh OpenAI.
  • GPT-5 menawarkan prestasi lebih baik dalam tugasan kompleks, penulisan, sempoicara pantas dan penjanaan imej.
  • Pengguna boleh mencuba GPT-5 secara percuma melalui Microsoft Copilot bermula hari ini.


Integrasi GPT-5 ini telah mula ditawarkan melalui Copilot, Microsoft 365, dan juga GitHub.

Model baharu ini dikatakan boleh melaksanakan tugasan yang lebih mencabar, menawarkan penulisan lebih baik, sokongan sempoicara lebih pantas, serta beroperasi lebih baik dalam penjanaan imej.

Selain untuk pengguna, Microsoft juga turut telah menawarkan model GPT-5 ini melalui Microsoft Azure untuk para pembangun.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba GPT-5 melalui Microsoft Copilot hari ini, secara percuma. -Amanz





#Microsoft #Copilot #GPT-5 #azure #sempoicara