23 Delegasi Malaysia Bebas dari Israel, Kini di Istanbul untuk Pemeriksaan & Sokongan – Ikuti Perkembangan Terkini di sini
GADGETS

Microsoft perkenal ikon baharu Office, tampil lebih moden dan mesra AI

Amanz 05/10/2025 | 05:15 MYT
Microsoft memperkenalkan rekaan ikon baharu untuk 10 aplikasi Office selari dengan konsep Fluent Design dan gaya moden Microsoft. -Foto Amanz
MICROSOFT secara rasmi memperkenal rekaan ikon yang diberikan nafas baharu, selari rekaan moden Microsoft untuk aplikasi Microsoft Office.


Ringkasan AI
  • Microsoft memperkenalkan rekaan ikon baharu untuk 10 aplikasi Office selari dengan konsep Fluent Design dan gaya moden Microsoft.
  • Rekaan ini juga selari dengan antara muka Microsoft Copilot, menunjukkan integrasi visual yang lebih konsisten antara produk.
  • Kemas kini ikon akan dilancarkan secara berperingkat kepada pengguna Microsoft 365 dalam minggu-minggu akan datang.


Di bawah perubahan ini, sebanyak 10 ikon aplikasi Office diberikan nafas baharu.

Rekaan baharu ini juga mengikut konsep Fluent Design oleh Microsoft sebelum ini, dan dilihat selari dengan rekaan yang digunakan untuk Microsoft Copilot.

Ini sekali gus memperlihatkan integrasi antara semuanya lebih selari dan tidak jauh berbeza berbanding yang lain.

Kemas kini ikon baharu ini akan diperkenalkan kepada pengguna Microsoft 365 secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan rekaan baharu ikon Microsoft ini. -Amanz





#Microsoft #rekaan ikon baharu #10 aplikasi Office #konsep Fluent Design