[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
GADGETS

Microsoft pula pancing kakitangan meta AI dengan ganjaran kemewahan

Amanz 13/08/2025 | 04:30 MYT
Microsoft menawarkan gaji sehingga $4 juta setahun kepada kakitangan Meta yang dianggap penting dalam pembangunan AI. -Gambar fail/Reuters
OPENAI, Google, Tesla dan Apple kehilangan ramai kakitangan dengan kepakaran kecerdasan buatan (AI) ke tangan Meta kerana dipancing dengan mewah.


Ringkasan AI
  • Meta memancing pakar AI dari syarikat besar seperti OpenAI, Google, Tesla dan Apple dengan tawaran ganjaran mewah, termasuk $300 juta kepada pencipta ChatGPT, Shengjia Zhao.
  • Microsoft kini menggunakan strategi serupa, menawarkan gaji sehingga $4 juta setahun kepada kakitangan Meta yang dianggap penting dalam pembangunan AI.
  • Microsoft melabur besar dalam AI walaupun baru-baru ini membuang 9000 kakitangan, menunjukkan perubahan arah tuju syarikat ke arah kecerdasan buatan dan AGI.


Pencipta ChatGPT, Shengjia Zhao dilaporkan menerima ganjaran $300 juta daripada Mark Zuckerberg untuk berpindah ke Meta Superintelligence Labs.

Kini muncul pula laporan Microsoft menggunakan taktik sama untuk memancing pula kakitangan Meta.

Menurut Business Insider, Microsoft mempunyai senarai kakitangan Meta yang dianggap penting untuk pembangunan AI.

Tawaran gaji sehingga $4 juta setahun dan memberikan pakej ganjaran yang sama seperti Meta kepada mereka yang bersetuju berhijrah ke Microsoft.

Bagi memastikan Microsoft tidak ketinggalan dalam perang AI, pelaburan besar ke atas kakitangan sanggup dilakukan.

Perubahan arah tuju Microsoft dapat dilihat dengan jelas tahun ini. Bulan lalu Microsoft membuang sekitar 9000 kakitangan dengan 6000 daripadanya terlibat dalam pembangunan perisian dengan selebihnya adalah dari perniagaan Xbox.

AI dipercayai dapat menggantikan tugas manusia dan bagi mengejar ganjaran belanga emas AGI di hujung pelangi, pelaburan besar dilakukan ke atas AI. -Amanz









#Microsoft #Meta #pancing pakar AI #Shengjia Zhao