awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Microsoft Store pada Windows 10 Mobile tamat sepenuhnya

Amanz
Amanz
28/02/2025
05:20 MYT
Microsoft Store pada Windows 10 Mobile tamat sepenuhnya
Microsoft Store pada Windows 10 Mobile kini ditamatkan sepenuhnya, menyebabkan pengguna tidak lagi boleh memuat turun aplikasi atau mengurus akaun. -Amanz
SEKITAR lima tahun lepas, sokongan kemas kini untuk Windows 10 Mobile dan Windows 7 telah dihentikan. Namun begitu, sokongan untuk aplikasi seperti Microsoft Office, beberapa aplikasi lain masih diteruskan.

Ringkasan AI
  • Sekitar lima tahun lepas, sokongan kemas kini untuk Windows 10 Mobile dan Windows 7 telah dihentikan, namun sokongan untuk aplikasi seperti Microsoft Office masih diteruskan.
  • Microsoft Store pada Windows 10 Mobile kini ditamatkan sepenuhnya, menyebabkan pengguna tidak lagi boleh memuat turun aplikasi atau mengurus akaun.
  • Jika anda berniat untuk membeli peranti Windows Phone terpakai, sila ambil perhatian yang ia mungkin hanya boleh digunakan sebagai kamera digital sahaja kerana gedung aplikasi tidak lagi boleh diakses.

Ini termasuk dengan Microsoft Store pada Windows 10 Mobile.
Masih banyak aplikasi boleh dimuat turun, peranti Windows Phone 8.1 masih boleh dikemas kini ke Windows 10 Mobile – sehinggalah hari ini – Microsoft Store untuk platform ini ditamatkan sepenuhnya.
Menurut sejumlah pengguna setia Windows Phone, gedung aplikasi Microsoft Store kini tidak lagi boleh dibuka.
Sebelum ini ia masih memaparkan koleksi aplikasi, mengurus aplikasi atau akaun dan banyak lagi – kini ia hanya skrin berwarna kelabu.
Ada juga pengguna melaporkan menerima mesej ralat untuk mengakses gedung aplikasi.
Jika anda berniat untuk membeli mana-mana peranti Windows Phone terpakai, sila ambil perhatian yang anda tidak lagi boleh menggunakan peranti tersebut untuk tujuan komunikasi. Ia mungkin hanya boleh menjadi kamera digital sahaja. -Amanz
Topic Berkaitan
#Microsoft Store
#Windows 10 Mobile
#sokongan kemas kini
#Windows 7
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan