Mid Valley ditutup sementara susulan kebakaran

Madiha Abdullah
Mei 17, 2023 04:00 MYT
Mid Valley mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan tentang penutupan kompleks beli-belah tersebut. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pusat beli belah Mid Valley Megamall akan ditutup sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.
Ia susulan kebakaran yang berlaku di pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kompleks itu, pagi Rabu.
Dalam satu kenyataan, Mid Valley mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan tentang penutupan kompleks beli-belah tersebut.
"Sehingga jam 11.38 pagi, kami boleh mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini berada di tempat kejadian menjalankan semua siasatan yang diperlukan.
"Demi keselamatan semua pihak, penutupan sementara bekalan kuasa akan dilaksanakan sehingga pihak berkuasa membenarkan ia disambung kembali," kata kenyataan tersebut.
#Mid Valley #Kompleks Beli Belah #kebakaran #pencawang TNB terbakar