awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIDA hubungkan modal dengan idea untuk pacu transformasi ekonomi Malaysia

Bernama
Bernama
08/09/2025
15:45 MYT
MIDA hubungkan modal dengan idea untuk pacu transformasi ekonomi Malaysia
Sikh Shamsul Ibrahim menekankan keperluan kritikal untuk kerjasama awam-swasta dalam mendorong Malaysia ke fasa pertumbuhan ekonomi seterusnya. - Gambar MIDA
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkukuhkan peranan pentingnya dalam memacu usaha Malaysia untuk menjadi hab ASEAN bagi inovasi, kemampanan dan industri maju dengan menghubungkan perniagaan dan pelabur melalui "Investment Pitching Day" 2025.
Inisiatif ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 180 pelabur kanan dan pembuat keputusan, mewujudkan pameran dinamik yang menghubungkan modal dengan projek-projek yang bersedia untuk pelaburan.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid menekankan keperluan kritikal untuk kerjasama awam-swasta dalam mendorong Malaysia ke fasa pertumbuhan ekonomi seterusnya.
"Platform ini direka untuk menghubungkan syarikat dengan pelabur yang betul, memastikan bahawa projek-projek hebat ini mendapat sokongan penuh agar mampu dikembangkan.
"Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Industri Baharu 2030 adalah prinsip panduan kami dalam membina ekonomi yang inklusif, saksama serta kompetitif," katanya melalui satu kenyataan.
MIDA berkata Investment Pitching Day 2025, yang diadakan pada 2 Sept, yang menemukan pelabur institusi, syarikat pelaburan yang berkaitan dengan kerajaan, firma modal teroka, dana ekuiti swasta, institusi kewangan serta pemaju, menonjolkan peranan utama MIDA dalam membuka kunci pelaburan strategik, mengukuhkan ekosistem tempatan selain merapatkan kesalinghubungan serantau.
Sesi pagi memberi tumpuan kepada Projek Pemecut Ekonomi (EAP) di sepanjang koridor Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), dengan usaha teroka siap pelaburan dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Katanya, projek-projek ini bersedia untuk memangkinkan pembangunan serantau dan memberikan kesan jangka panjang kepada masyarakat setempat.
Pada sebelah tengah hari, sesi PrimePitch pula menampilkan lima syarikat yang membentangkan peluang bernilai tinggi dalam farmaseutikal serta peranti perubatan seperti Jardin Pharma, Biocon Biologics, Novugen Oncology, Longe Medikal dan Remedi Innovations.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#ECRL
#MIDA
#pembangunan serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan