awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miliki 67 gambar dan 55 video lucah dalam telefon bimbit, pembantu kedai didenda RM5,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/05/2023
06:54 MYT
Miliki 67 gambar dan 55 video lucah dalam telefon bimbit, pembantu kedai didenda RM5,000
Tertuduh, Muhammad Fitri Ishak hadir di Mahkamah Majistret Taiping hari ini. - Foto Astro AWANI
TAIPING: Seorang pembantu kedai didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Taiping hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Fitri Ishak, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan, selain barang kes dipulangkan kepada pihak pendakwa untuk dilucuthakkan dan dilupuskan setelah tamat tempoh.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki 67 gambar dan 55 video yang lucah dalam telefon bimbit miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di di Hospital Taiping sekitar jam 12.15 tengah hari pada 16 Februari 2022.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Siti Hajar Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.
Terdahulu, tertuduh yang masih bujang merayu dikenakan hukuman ringan kerana dia sudah menyesali perbuatannya itu selain perlu menyara ahli keluarga dengan pendapatan RM1,200.
Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat dan memohon barang kes dilupuskan mengikut Seksyen 260 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tertuduh kemudiannya membayar denda.
Topic Berkaitan
#bahan lucah
#Telefon bimbit
#pembantu kedai didenda
#Mahkamah Majistret Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan