awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Milo Ping' dikenakan caj RM3.20, pengusaha restoran diheret ke mahkamah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
07/09/2018
10:01 MYT
'Milo Ping' dikenakan caj RM3.20, pengusaha restoran diheret ke mahkamah
Isu pihak peniaga itu sengaja menaikkan harga minuman Milo Ping atau Milo Ais terbabit adalah berdasarkan laporan orang awam kepada KPDNHEP pada 7 Mac tahun 2016.
Gara-gara mengenakan harga RM3.20 bagi segelas minuman 'Milo Ping' pada dua tahun lalu, sebuah premis makanan di negeri ini diheret ke mahkamah untuk dikenakan tindakan undang-undang hari ini.
Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, V Ravichandran berkata, premis terbabit sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini dan didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Merupakan kes pertama di Malaysia melibatkan pengusaha premis makanan dibawa ke mahkamah, beliau berkata, isu pihak peniaga itu sengaja menaikkan harga minuman Milo Ping atau Milo Ais terbabit adalah berdasarkan laporan orang awam kepada KPDNHEP pada 7 Mac tahun 2016.
Jelasnya lagi, laporan itu seterusnya membawa kepada pengeluaran notis di bawah Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, terhadap pemilik premis berkenaan untuk mengemukakan punca kenaikan harga Milo Ais di premis berkenaan.
Namun, kerana gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan kes berkenaan telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
"Kes ini merupakan kes pertama di Malaysia yang melalui perbicaraan penuh dan setelah menjalani perbicaraan hari ini, tertuduh telah dijatuhkan hukuman denda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
"Pemilik premis itu telah dipertuduhkan di Mahkamah Sesyen pada 24 Oktober 2016 atas kesalahan di bawah Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal mematuhi arahan melalui notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat dan mengemukakan resit jualan bulan Januari 2015 hingga Mac 2016,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat KPNDHEP, hari ini.
Menurut Ravichandran, kes itu wajar dijadikan iktibar oleh peniaga bagi mengelakkan tindakan serupa dikenakan dan jika KPDNHEP mengeluarkan notis, peniaga perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan atau jika gagal kes berkenaan akan dibawa ke mahkamah.
Tambah beliau, orang ramai juga diseru agar membuat aduan kepada pihak KPDNHEP sekiranya meragui harga yang dikenakan oleh peniaga.
Topic Berkaitan
#harga mahal
#konsumer
#mahkamah
#milo ais
#milo ping
#pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan