Skip to main content

Malaysia

MILO terus komited sokong pembangunan sukan, perkasa perpaduan rakyat

[TB]_Milo merdeka
MILO bersama Kementerian Belia dan Sukan memperagakan kereta berhias khas yang menampilkan wira sukan Malaysia serta atlet yang bakal mewakili negara sempena Perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada Isnin. - Gambar MILO
Advertisement

PUTRAJAYA: MILO terus komited menyokong pembangunan sukan negara, dengan aktiviti sukan dilihat mampu menjadi platform menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.

Komitmen itu diteruskan menerusi pelbagai inisiatif pembangunan sukan termasuk Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), MILO Hidup Bola dan MILO Champions Clinic yang memberi peluang kepada masyarakat mengembangkan potensi serta minat dalam bidang sukan.

Ketua Bahagian Pembangunan Sukan MILO, Lim Kerwin, berkata penglibatan dalam pelbagai aktiviti sukan bukan hanya tertumpu kepada pencapaian atau kemenangan, sebaliknya turut memainkan peranan dalam mengeratkan hubungan masyarakat.

“Sejak 1950, MILO sentiasa aktif menganjurkan acara. Jadi setiap tahun, kami menganjurkan kira-kira 16,000 acara yang melibatkan sembilan juta rakyat Malaysia.

“Jadi, ia bukan sekadar tentang kemenangan atau mencapai sesuatu. Ia juga merupakan satu cara untuk menyatukan rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada Isnin, yang turut menyaksikan kerjasama MILO bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mengangkat nilai perpaduan, kesungguhan dan kecemerlangan menerusi sukan.

Image
Milo Merdeka

Dalam pada itu, Lim berkata MILO turut memberi sokongan kepada atlet yang bersaing dalam pelbagai temasya sukan, daripada peringkat sekolah sehingga ke pentas antarabangsa.

“Jadi, tahun depan, Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Paralimpik. Jadi, MILO semestinya akan memberikan sokongan penuh kepada pasukan dalam penganjuran Sukan SEA dan Sukan Paralimpik pada 2027.

“Jadi, untuk para atlet, kami sentiasa memberikan mereka motivasi,” katanya.

Katanya, sokongan berterusan terhadap atlet penting bagi membantu mereka membina keyakinan dan mencapai potensi terbaik sebelum melangkah ke peringkat lebih tinggi.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, MILO turut menyediakan lebih 100,000 cawan minuman percuma sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat perpaduan dan slogan ‘Malaysia Boleh’.

Pada Perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya, MILO bersama KBS turut memperagakan kereta berhias khas yang menampilkan wira sukan Malaysia serta atlet yang bakal mewakili negara pada Sukan SEA 2027.

Penglibatan MILO dalam pembangunan sukan di Malaysia telah berlangsung sejak 1950 menerusi penganjuran pelbagai program dan aktiviti sukan di seluruh negara. Inisiatif berkenaan bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat baharu, malah menggalakkan gaya hidup aktif serta menjadikan sukan sebagai medium menyatukan masyarakat.

Must Watch Video

Advertisement