[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
MALAYSIA

MIMOS komited komersialkan hampir 1,400 IP, paten berdaftar - PGCEO

Irfan Faruqi 20/01/2026 | 09:55 MYT
Saat Shukri dalam program Agenda AWANI berkata MIMOS komited untuk mengkomersialkan hampir 1,400 paten dan harta intelek (IP) yang sudah didaftarkan. - Foto/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: MIMOS Berhad (MIMOS) komited untuk mengkomersialkan hampir 1,400 paten dan harta intelek (IP) yang sudah didaftarkan.


Ringkasan AI
  • MIMOS komited mengkomersialkan hampir 1,400 paten dan IP, dengan 40 teknologi sudah berjaya dikomersialkan serta menerima minat pelabur dari Turkiye, Arab Saudi dan Oman. Pendekatan kepimpinan bakat muda membuahkan 23 kemenangan di ITEX 2025, termasuk 17 emas dan anugerah inovasi utama. Era Pecutan 2026 memacu fokus MIMOS kepada pelaksanaan berimpak berasaskan tiga tonggak: kedaulatan semikonduktor, AI awan dan kecerdasan kuantum untuk menjadikan Malaysia pencipta teknologi.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MIMOS, Dr. Saat Shukri Embong berkata setakat ini tidak kurang daripada 40 IP teknologi yang sudah berjaya dikomersialkan.

"Pada tahun 2026, kita masih ada banyak (projek dalam) rancangan. Hampir 1,400 lagi teknologi dan harta intelek (IP) secara keseluruhan.

“Kita dapat permohonan daripada Turkiye, Arab Saudi dan Oman untuk melabur, seterusnya bekerjasama dengan kita untuk mengkomersialkan teknologi-teknologi ini. Kita cuba jajarkan keputusan dan dasar kerajaan kepada impak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.


MIMOS komited komersialkan hampir 1,400 IP, paten berdaftar - PGCEO

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi kejayaan MIMOS mengetengahkan teknologi yang dibangunkan oleh bakat tempatan yang seterusnya telah mendapat pengiktirafan.

“Saya berbangga dengan pasukan kita. Pada tahun 2025, saya tukar sedikit struktur dengan meletakkan bakat muda sebagai pemimpin utama dalam sesuatu projek. Kita letakkan senior sebagai mentor dan jurulatih.

“Susulan itu, daripada 25 teknologi yang kita bangunkan, kita menang 23 anugerah semasa Pameran Reka Cipta, Inovasi, dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-36 pada 2025; 17 pingat emas, empat pingat perak, Anugerah Produk Inovatif Malaysia (MIPA), dan Anugerah PATRON,” jelasnya.

Tambah Saat Shukri, Era Pecutan 2026 menandakan peralihan MIMOS daripada membina asas kepada pelaksanaan berimpak yang boleh diukur, seterusnya memacu pengkomersialan dan adaptasi teknologi berdaulat selaras mandat MOSTI dan kerangka ekonomi MADANI.

Strategi ini berpaksikan tiga tonggak iaitu kedaulatan semikonduktor, kedaulatan kecerdasan buatan (AI) Cloud, dan pengembangan kecerdasan kuantum, bagi mengangkat Malaysia daripada pengguna teknologi kepada pencipta serta pengeksport teknologi mendalam (deep-tech).


Agenda AWANI: MIMOS | Memacu Inovasi Teknologi & Masa Depan Deep-Tech Malaysia




#Agenda Awani #mimos #MOSTI #teknologi AI #kecerdasan buatan