KUALA LUMPUR: Minat terhadap haiwan eksotik sejak kecil serta ingin berkongsi ilmu pengetahuan mengenainya mendorong seorang lepasan Diploma Teknologi Digital membuka zoo mini haiwan jinak atau 'petting zoo' bergerak.
Syazlin Hafisya Mohammad Hasni, 22, yang menetap di Kulim, Kedah berkata mini zoo bergerak yang dibuka sejak 2016 itu, kini menjadi sumber pendapatannya.
Menariknya, lebih 40 ekor haiwan eksotik yang dibawa Syazlin Hafisya ketika membuat pameran antaranya ular sawa, iguana, tupai tanah Afrika, sugar glider, tikus Belanda, naga air dan kala jengking, semuanya merupakan koleksi peribadinya.
"Semua haiwan dibeli di pet shop dalam negara dengan harga sekitar RM100 hingga RM10,000 dan buat masa ini saya memang menumpukan sepenuh masa terhadap perniagaan mini zoo dan penjagaan haiwan.
"Harga tiket yang dikenakan hanyalah RM5 seorang dan tujuannya adalah untuk mengajar dan mendidik orang awam mengenai haiwan eksotik," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Syazlin Hafisya semua haiwan itu disimpan di dalam sangkar atau akuarium di dalam rumah yang dilengkapi sistem penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Katanya meskipun haiwan peliharaan beliau tidak pernah dicuri, namun ada yang mengalami kecederaan teruk akibat kecuaian pengunjung.
"Ada ular yang pernah cedera teruk selepas pengunjung tidak memegangnya dengan berhati-hati, menyebabkan ia terhempas ke lantai dan mengalami komplikasi tulang sehingga memerlukan kos rawatan sekitar RM2,000," katanya.
Syazlin Hafisya yang dikenali sebagai 'Kakak Raptor' di laman sosial berkata buat masa ini, beliau hanya mengadakan pameran sekiranya ada jemputan seperti acara konvokesyen, program sekolah atau karnival di sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
"Saya tidak keluar dari kawasan utara kerana fikir mengenai risiko terhadap haiwan jika travel terlalu lama boleh menyebabkannya stres, sakit atau mati," katanya.
Bercerita lanjut, Syazlin Hafisya anak tunggal yang mempunyai minat serupa dengan ayahnya, Mohammad Hasni Hassan, 55, dan ibu, Salmiah Shaari, 48, berkata perasaan cinta terhadap haiwan eksotik timbul sejak kecil selepas menonton dokumentari di televisyen.
Syazlin Hafisya berkata cabaran utama dihadapi adalah keadaan cuaca panas di Malaysia kerana kebanyakan haiwan berasal dari luar negara sehingga beliau perlu mengawal suhu dan kelembapan bersesuaian mengikut lokaliti asal haiwan.
"Contohnya, Chinchillas, perlukan suhu di bawah 26 darjah Celcius, jadi saya letakkannya di dalam bilik dengan pendingin hawa manakala untuk sesumpah, saya perlu kawal kelembapan agar ia tidak mendapat penyakit seperti jangkitan salur pernafasan," katanya.
Syazlin Hafisya berkata beliau mempunyai lesen serta permit bagi membela dan mempamer haiwan eksotik daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Kebanyakan haiwan eksotik memerlukan lesen dan proses untuk mendapatkannya sangat mudah, hanya dengan membawa resit pembelian dan mikrocip ke Perhilitan dan ia akan siap dalam lima minit sahaja.
"Saya ingin nasihatkan orang awam agar jangan mudah percaya dengan ura-ura yang mengatakan Jabatan Perhilitan sangat susah untuk berurusan sekiranya hendak membela haiwan mengikut undang-undang ditetapkan," katanya.
Pada masa sama, lulusan Politeknik Seberang Jaya, Pulau Pinang itu turut menasihatkan orang awam yang ingin membela dan memelihara haiwan eksotik agar mempelajari ilmu mengenainya.
"Rajin-rajinkan diri membuat penyelidikan dan belajar cara-cara membela haiwan tersebut sebelum membelinya kerana kekurangan ilmu boleh menyebabkan haiwan sakit dan mati," katanya yang merancang untuk membuka zoo mini statik, pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Lebih 40 ekor haiwan eksotik yang dibawa Syazlin Hafisya ketika membuat pameran. - Foto BERNAMA
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN
Jual spesies hidupan liar eksotik dalam talian secara pesan hantar
Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar.
Minat haiwan eksotik, cetus idea Kakak Raptor buka 'petting zoo' bergerak
Mini zoo bergerak yang dibuka sejak 2016 itu, kini menjadi sumber pendapatannya.
Sup kala jengking, ular menu kegemaran di Guangdong
Makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama.
Haiwan eksotik ambil kesempatan mengawan semasa zoo ditutup akibat COVID-19
Antara kelahiran baharu haiwan-haiwan itu adalah harimau bintang, harimau bengal, kuda belang, zirafah, antelop dan lembu.
Gagal seludup haiwan eksotik, 92 kura-kura dari Thailand
PGA Batalion 8 menahan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup masuk pelbagai haiwan eksotik bernilai RM61,800.
Import hidupan liar diharamkan di Sarawak - SFC
Langkah itu bertujuan melindungi spesies hidupan liar berasal dari Sarawak dari ancaman.
China nafi kewujudan pasar haiwan eksotik - Kementerian Luar
Jurucakap Kementerian Luar China membidas kenyataan pegawai AS, yang mendakwa China kini mengubal undang-undang menyeluruh berkenaan kegiatan haram seperti memburu, memperdagang, mengeksport haiwan li
Australia gesa pengharaman pasar jual haiwan liar
Kerajaan Australia telah meminta sokongan negara-negara G20 untuk bersatu dalam memastikan isu ini ditangani.
Pasar haiwan eksotik Wuhan dibuka semula?
Selepas tiga bulan penularan wabak COVID-19, pasar daging di sekitar dua bandar terkemuka di Guilin dan Dongguan, China kembali menjual kelawar dan kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik.