awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA terima reaksi positif, pergerakan penumpang semakin lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mindef gagal kutip RM10.30 juta hasil sewa tanah, bangunan - LKAN

Bernama
Bernama
28/10/2021
09:56 MYT
Mindef gagal kutip RM10.30 juta hasil sewa tanah, bangunan - LKAN
LKAN mengesyorkan Bahagian Pembangunan Mindef membuat pemantauan terhadap semua perjanjian sewaan diuruskan Markas Pemerintahan Perkhidmatan bagi memastikan semua kutipan sewaan yang sepatutnya diakaunkan sebagai hasil kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengurusan hasil sewa tanah dan bangunan yang lemah dikenal pasti menjadi punca sejumlah RM10.30 juta hasil sewa gagal dikutip Kementerian Pertahanan (Mindef), menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2020.
Laporan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) yang menduduki 139 premis Mindef bagi menjalankan perniagaan peruncitan di dalam kem tentera gagal membayar jumlah RM1.31 juta hasil sewa mereka setelah tempoh pajakan premis tamat pada 31 Mei 2014.
"Pengiraan hasil sewa itu dibuat dari 1 Jun 2014 hingga 31 Dis 2017 berdasarkan tuntutan bayaran pajakan oleh Mindef kepada Pernama bertarikh 20 Dis 2000.
"Selain itu, pihak audit turut mendapatkan penilaian sewa daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi pengiraan hasil sewa 2018 hingga 2020 membabitkan Pernama yang berjumlah RM8.99 juta," menurut laporan itu.
Laporan itu memaklumkan perjanjian pajakan ditandatangani Pernama dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) pada 5 Mei 2010 bagi 139 premis di tanah kegunaan Mindef seluruh Malaysia adalah bagi tempoh 15 tahun bermula 1 Jun 1999 hingga 31 Mei 2014.
Laporan itu mengesyorkan supaya usul dengan pihak PTP dibuat bagi mendapatkan kelulusan sewa tanah dan bangunan kegunaan Mindef untuk membolehkan proses penyediaan perjanjian sewa semua premis diduduki Pernama disegerakan.
Selain itu, laporan berkenaan turut membangkitkan sejumlah RM178,658 hasil sewa 36 lot kedai di Pangkalan Tentera Udara bagi 2019 dan 2020 tidak dikredit sebagai hasil kerajaan sebaliknya dimasukkan ke Tabung Kebajikan Unit Tentera Udara.
"Perkara itu berlaku disebabkan pengurusan Pangkalan Udara telah menggunakan surat Kementerian Kewangan bertarikh 8 Jun 1985 sebagai asas mengkreditkan sewa bagi 36 lot kedai berkenaan ke Tabung Kebajikan Unit," menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, tindakan tersebut bercanggah dengan Perenggan 2 Surat Kementerian Kewangan bertarikh 8 Jun 1985 yang memberi persetujuan hasil dikutip daripada pengusaha Kantin Angkatan Tentera diluluskan bagi bayaran rebat Kantin Angkatan Tentera sahaja.
Justeru laporan mengesyorkan Bahagian Pembangunan Mindef membuat pemantauan terhadap semua perjanjian sewaan diuruskan Markas Pemerintahan Perkhidmatan bagi memastikan semua kutipan sewaan yang sepatutnya diakaunkan sebagai hasil kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan ketua audit
#Mindef
#kutipan sewa
#Pernama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan