KUALA LUMPUR:Sebahagian daripada peruntukan RM16 bilion untuk Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam Belanjawan 2021 dijangka digunakan untuk menampung kos Op Benteng termasuk bagi perolehan dan penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menurut penganalisis keselamatan dan pertahanan.
Timbalan Pengarah (Penyelidikan) Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Madya Dr Adam Leong Kok Wey berkata peruntukan seperti itu sememangnya diperlukan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan ATM mendepani sebarang ancaman termasuk membantu kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19.
"Antara yang dilihat penting ialah dron pesawat tanpa pemandu (UAV) dan "Maritime Patrol Aircraft" (MPA) bagi pengawasan dan kawalan udara maritim.
Bagi aset sedia ada, kos penyelenggaraan juga diperlukan untuk memastikan aset-aset seperti kapal terbang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dapat beroperasi dengan baik bagi pengoperasian Op Benteng," katanya kepada Bernama, hari ini.
Menurutnya, perolehan dan penyelenggaraan aset itu penting bagi membolehkan ATM meronda di kawasan sempadan darat dan perairan bagi mengesan dan menghalang pendatang tanpa izin memasuki negara ini.
Selain untuk Op Benteng katanya, aset berkenaan juga boleh dikerah untuk operasi di sekitar Laut China Selatan untuk membendung sebarang cubaan menceroboh sempadan perairan negara termasuk oleh nelayan asing.
Sementara itu, bagi sektor ketenteraman awam, peruntukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi Belanjawan 2021 meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada RM17 bilion berbanding RM16.9 bilion pada Belanjawan 2020.
Penganalisis Jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata agensi di bawah KDN dicadang supaya menumpukan peruntukan mereka bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang dibawa rakyat asing ke negara ini.
Selain itu beliau juga mencadangkan supaya usaha membanteras sindiket penyeludupan rokok dipertingkatkan kerana ia menyebabkan kerajaan kerugian kutipan cukai sebanyak RM5 bilion setahun.
"Oleh itu, fokus bagi memperkasakan aset operasi bagi memantau sempadan perairan negara perlu dilakukan terutamanya bagi Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Agensi penguat kuasa itu juga dicadangkan mendapatkan teknologi dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) yang mempunyai jarak penerbangan yang jauh dan mampu terbang melebihi dua jam," katanya.
Penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim pula berkata keadaan semasa jangkitan COVID-19 pastinya memberi kesan terhadap cara KDN membelanjakan peruntukan yang diperoleh.
"Dalam peperangan melawan musuh baharu yang halimunan, tumpuan diberikan kepada pelan jangka pendek dan panjang bertujuan membendung penularan COVID-19. Aset-aset perlu difokuskan kepada usaha mempertingkat kawalan dan penguatkuasaan di darat dan wilayah maritim," katanya.
Mengenai perolehan aset baharu, beliau berkata tidak semestinya ia perlu dilakukan setiap tahun.
"Pasti ada pembelian baharu yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya berupa kenderaan, bangunan atau perkakas yang masih relevan namun jika terdapat keperluan mendadak dan kecemasan ia boleh dilakukan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020
Bagi aset sedia ada, kos penyelenggaraan juga diperlukan untuk memastikan aset-aset seperti kapal terbang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dapat beroperasi dengan baik bagi pengoperasian Op Benteng. - Bernama
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mindef pantau secara harian situasi anggota MALBATT di Lubnan - Adly
Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa memantau situasi terkini melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas melaksanakan misi pengaman MALBATT di Lubnan.
Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.
MINDEF beri masa hingga Oktober ini untuk kontraktor hantar helikopter Black Hawk
Mohamed Khaled berkata sekiranya pihak berkenaan gagal menepati masa yang diberikan, kementerian akan membatalkan kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter itu.
Mindef tidak lantik NGO kutip dana bantu rakyat Palestin - Menteri
Kementerian Pertahanan tidak melantik mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengutip dana bagi membantu membiayai kos rawatan rakyat Palestin yang sedang dirawat di dalam negara ketika ini.
Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali
Mindef akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.
Pembangunan rumah keluarga sasar tampung 60 peratus anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan menyasarkan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera dapat menampung hingga 60 peratus daripada keseluruhan lebih 100,000 anggota.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.