awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Ikan lumba-lumba Irrawaddy mati tersangkut pukat haram, beri impak besar ekosistem
MALAYSIA
Polis siasat elemen kongsi gelap dalam kes tembak di Meru
HIBURAN
“Rasa macam baru sahaja bercerai” - Fazura belum terfikir nak cari pengganti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Mindef pantau perkembangan konflik Iran-Israel - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
21/06/2025
06:15 MYT
Mindef pantau perkembangan konflik Iran-Israel - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata situasi berkenaan amat membimbangkan kerana boleh menjejaskan rantaian bekalan global, ekonomi dunia dan keselamatan rakyat Malaysia. - Gambar/ Bernama
KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan terus memantau perkembangan konflik Iran-Israel yang berpontensi menjejaskan keselamatan serantau dan kepentingan negara.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pertahanan memantau konflik Iran-Israel yang berpotensi menjejaskan keselamatan serantau, ekonomi global dan kepentingan Malaysia, termasuk rantaian bekalan dan harga minyak.
  • Konflik ini memberi peluang kepada Malaysia untuk memahami penggunaan teknologi ketenteraan dan memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.
  • Kementerian Luar sedang menyelaras pemindahan rakyat Malaysia dari Iran melalui jalan darat ke Turkmenistan sebelum dibawa pulang menggunakan penerbangan komersial secara tersusun dan selamat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata situasi berkenaan amat membimbangkan kerana boleh menjejaskan rantaian bekalan global, ekonomi dunia dan keselamatan rakyat Malaysia.
"Kita sedang memerhatikan perkembangan. Bila berlaku peperangan dunia, semua negara terjejas kerana harga minyak akan naik, bekalan terputus, perdagangan bebas dunia terganggu dan negara dagang seperti Malaysia juga terkesan," katanya.
Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tuaian Halia Bentong Muda di Kampung Gembut dekat sini hari ini.
Beliau berkata konflik Iran-Israel memberi kefahaman mengenai penggunaan teknologi sekali gus membantu Malaysia memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.
Mohamed Khaled berkata Kementerian Luar sedang menyelaras usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran.
Pada masa ini, katanya tiada penerbangan keluar masuk ke Iran dan rakyat Malaysia di sana akan dibawa keluar melalui jalan darat.
"Negara yang telah diuruskan untuk menerima mereka ialah Turkmenistan. Dari sana, barulah mereka akan dibawa pulang mungkin menggunakan pesawat komersial," katanya.
Beliau berkata jumlah rakyat Malaysia yang masih berada di Iran adalah kecil dan proses pengungsian akan dijalankan secara tersusun dengan mengambil kira aspek keselamatan serta diplomasi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Mindef
#Malaysia
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami