KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mempertingkatkan lagi keupayaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi perolehan 12 unit helikopter baharu, tiga kapal misi pesisir (LMS) dan 136 unit kenderaan perisai mobiliti tinggi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perolehan itu dilakukan bagi meneruskan proses pemodenan kelengkapan dan aset ketenteraan dalam memastikan ATM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang ancaman.
Beliau berkata kelengkapan dan aset yang canggih serta mencukupi adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan dalam konteks pertahanan dan keselamatan negara.
"Ketumbukan pertahanan kita mesti diperkukuh dengan pelbagai teknologi moden dan terkini terutamanya dalam konteks yang menyaksikan ancaman dan risiko keselamatan kini hadir dalam pelbagai bentuk dan cara.
"Persediaan dan kesiagaan kita harus mengundang rasa gerun dan hormat di pihak kawan dan lawan," katanya ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Hadir sama pada majlis itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
ATM juga bakal memperoleh beberapa kelengkapan seperti Maritime Patrol Aircraft, Unmanned Aerial System, Flight Lead In Trainer - Light Combat Aircraft Meriam 155mm Self Propelled Howitzer dan Trak Kembalik Ringan.
Pembekalan Fast Interceptor Craft, Suar dan Anti-sonar Decoy bagi kapal selam kelas Perdana Menteri untuk tentera laut dan Long Range Radar Complete With Ancillary Equipment di Bintulu, Sarawak untuk tentera udara.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata bagi tahun 2024, beliau akan menumpukan kepada kebajikan anggota dan bekas perajurit dengan menambah baik perkhidmatan kesihatan ATM.
Menurutnya sebanyak empat poliklinik ATM bakal dibina iaitu di Kluang, Johor; Seberang Takir, Terengganu, Sungai Petani, Kedah dan Kuantan, Pahang.
"Perkhidmatan kesihatan ATM akan turut dimantapkan dengan Sistem IT Kesihatan di setiap Hospital Angkatan Tentera serta Specialist Outreach Clinic dan Program Mental Health," katanya.
Pada majlis sama, Mohamed Khaled turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pertahanan dengan Institut Integriti Malaysia.
Katanya objektif MoU tersebut ialah untuk membantu dan menyokong satu sama lain dalam program- program kesedaran, advokasi, penyelidikan dan pengukuhan mengenai dasar, nilai integriti, tata kelola dan antirasuah dalam sektor awam dan juga sektor korporat di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Mohamed Khaled menyampaikan ucapan pada Majlis Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan 2024 di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Negara-negara selatan global hilang percaya akibat ‘leteran’ negara maju - Menteri Luar Sri Lanka
Menteri Luar Negeri Sri Lanka, Mohamed Uvais Mohamed Ali Sabry berkata negara-negara selatan global hilang percaya kepada inisiatif antarabangsa akibat campur tangan berlebihan dalam proses membuat keputusan di peringkat domestik oleh negara-negara utara global. Jelasnya, negara-negara maju perlu berhenti memaksakan penyelesaian kepada semua masalah yang timbul keatas negara-negara membangun. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Hubungan China-AS kelam - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata hubungan China dan Amerika Syarikat tidak akan bertambah baik untuk tahun-tahun mendatang. Jelasnya, kedua-dua negara menggunakan momokkan imej negara pesaing dalam usaha menangani isu-isu domestik, yang secara tidak langsung merugikan dunia. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: China akan atasi AS, sedang belajar menggunakan kuasanya keatas dunia - Pakar
Pengasas dan Pengerusi Wusawa Advisory Inc., Qian Liu berkata China dilandasan yang betul untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia dalam masa beberapa tahun. Jelasnya, meskipun pertumbuhan ekonomi China perlahan, namun saiz pertumbuhan itu secara relatifnya lebih besar daripada keseluruhan ekonomi Arab Saudi dan Switzerland. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan, di ibu negara hari ini.
Mindef tidak lengahkan pelantikan Pengerusi, Ketua Eksekutif LTAT
Mindef masih mencari pengganti yang sesuai untuk jawatan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selepas dikosongkan baru-baru ini.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan kebimbangan terhadap pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang terus mengalami kelewatan.
'Kartel perolehan': Mindef akan beri kerjasama sepenuhnya
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga selesai siasatan kes "kartel perolehan".
Mindef pertingkat keupayaan aset ATM, peroleh 12 helikopter, tiga LMS - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertingkatkan lagi keupayaan aset ATM menerusi perolehan 12 unit helikopter baharu, tiga kapal misi pesisir dan 136 unit kenderaan perisai mobiliti tinggi.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Pelaksanaan pelan mobilisasi projek LCS belum capai tahap signifikan - PAC
PAC mendapati pelaksanaan pelan mobilisasi Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) TLDM belum mencapai tahap yang signifikan.
Hanya remaja lahir pada 2007 dipanggil jalani PLKN 3.0 mulai tahun depan
Mindef berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0.