MALAYSIA
Minggu yang mencorakkan kepemimpinan Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar (tengah) menerima banyak mesej daripada pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya mengendalikan konflik yang berpotensi mengundang bahaya antara Thailand dan Kemboja. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Minggu ini sememangnya minggu yang mencorakkan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau mencatatkan kejayaan berganda - hubungan diplomatik dan isu ekonomi - yang sukar dipertikaikan, walaupun oleh pihak pembangkang.
Anwar pastinya berada dalam prestasi terbaik apabila berjaya menjadi orang tengah kepada persetujuan gencatan senjata antara Thailand dengan Kemboja, sekali gus melakar kejayaan diplomatik, sebelum diteruskan dengan perbualan telefon antara beliau dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 6.50 pagi.
Perdana Menteri menerima banyak mesej daripada pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya mengendalikan konflik yang berpotensi mengundang bahaya antara dua negara jiran itu.
Tindakan berkenaan ialah ujian besar buat Anwar selaku Pengerusi ASEAN, namun beliau berjaya mengharungi cabaran itu apabila membawa pemimpin Thailand dan Kemboja ke Kuala Lumpur untuk berdialog.
Perdana Menteri turut memastikan pegawai dari AS dan China, dua kuasa besar yang penting di rantau ini, hadir sebagai pemerhati semasa rundingan dijalankan.
Jelas terbukti, sikap Malaysia yang berkecuali dengan tidak berpihak kepada mana-mana negara terlibat membuahkan hasil apabila berjaya membawa dua negara yang sedang bersengketa itu, ke meja rundingan.
Trump sendiri dilaporkan campur tangan dalam rundingan gencatan senjata itu dengan mengugut kedua-dua negara terbabit untuk mengenakan tarif yang berat, namun peranan utama Malaysia dalam menjadi perantara telah memberikan kelebihan diplomatik kepada negara ini.
Dalam masa yang sama, Malaysia mendapat penangguhan yang amat memberikan kelegaan kepada negara selepas AS bersetuju untuk mengurangkan tarif berat yang dilihat mengancam ekonomi yang dipacu eksport Malaysia.
Sebelum itu, Washington mengenakan tarif hingga 25 peratus terhadap Malaysia, atas alasan amalan perdagangan dan mata wang yang tidak adil.
Minggu ini, White House bersetuju untuk mengurangkan kadar itu kepada 19 peratus, memberikan kelegaan kepada sektor utama Malaysia, terutamanya elektronik dan minyak sawit, serta kelegaan itu didengari di seluruh negara.
Tidak syak lagi, Anwar telah diberi persiapan rapi oleh para pegawai sebelum perbualan telefon dibuat antara beliau dengan Trump.
Namun, seperti yang diketahui banyak pemimpin dunia, berurusan dengan Trump juga boleh membawa kepada unsur ketidakpastian, kerana beberapa sekutu AS akhirnya dikenakan tarif yang tinggi.
Kedua-dua kejayaan yang dikendalikan oleh Anwar itu menunjukkan bahawa diplomatik strategik diusahakannya dengan tepat selain serangan pesona peribadi, yang memang menjadi kekuatan beliau.
Kini, pemimpin dunia telah menyaksikan bagaimana Anwar mampu untuk terus menghubungi rakan sejawatan beliau.
Dunia juga pasti melihat nilai Malaysia sebagai kuasa penstabil dan rakan ekonomi.
Minggu ini bukan sahaja menjadi kejayaan peribadi buat Anwar dan kerajaannya, tetapi juga sebagai peringatan bahawa kuasa pertengahan seperti Malaysia turut mampu menentukan hasilnya apabila memilih penglibatan berbanding pendirian - sepertimana dinyatakan seorang penganalisis.
Wartawan veteran Thailand, Kavi Chongkittavorn menulis bahawa Anwar telah meletakkan diri beliau sebagai pendamai.
"ASEAN kini berubah haluan. Blok itu hanya memerlukan kepimpinan yang tegas," katanya sambil menekankan bahawa Anwar berjaya memastikan kehadiran AS dan China ke rundingan itu, kerana kedua-dua kuasa besar itu jarang bekerjasama dalam apa jua hal kebelakangan ini, namun negara berkenaan menghantar wakil untuk menyokong inisiatif Pengerusi ASEAN.
Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan untuk kerajaan Anwar, tetapi juga peringatan bahawa kuasa pertengahan seperti Malaysia dapat mencorakkan hasil apabila memilih pendekatan penglibatan berbanding sekadar menunjuk untuk mendapatkan perhatian.
Dalam penulisannya menerusi Thai PBS World, beliau menyifatkan di pentas serantau, "PMX sedang menikmati detik kegemilangan beliau".
Dari sudut ekonomi pula, Malaysia kini dikenakan tarif sebanyak 19 peratus, sama seperti Indonesia dan Filipina.
Bagaimanapun, di Jakarta dan Manila, dilaporkan terdapat ketidakpuasan hati kerana mereka dilihat terlalu banyak mengalah kepada Trump.
Malaysia kekal dengan pendirian bahawa negara ini akan mempertahankan "garis merah" atau garis sempadan, terutamanya mengenai dasar bumiputera, semasa rundingan berlangsung.
Kepada penunjuk perasaan yang turun beramai-ramai menuntut Anwar supaya berundur, mereka mungkin tidak memahami tajuk berita seperti tarif atau gencatan senjata, tetapi perkembangan minggu ini menunjukkan kepentingan sesebuah kepemimpinan.
-- BERNAMA

#PM Anwar Ibrahim
#kepemimpinan Anwar Ibrahim
#rundingan gencatan senjata
#konflik Thailand-Kemboja
#prestasi terbaik PM