MALAYSIA
Minit mesyuarat ditandatangani Najib hanya kelulusan, bukan resolusi yang mengikat - Peguam
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa minit mesyuarat yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kebanyakannya adalah kelulusan semata-mata dan bukan resolusi yang bersifat mengikat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa minit mesyuarat yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kebanyakannya adalah kelulusan semata-mata dan bukan resolusi yang bersifat mengikat.
"Saya ingin tegaskan semula bahawa hampir semua minit yang ditandatangani Datuk Seri Najib hanyalah berbentuk kelulusan, bukannya resolusi.
Beliau berkata demikian dalam hujah penutup pada perbicaraan kes saman ASD1.18 bilion SRC terhadap Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil, yang masih bebas.
"Datuk Seri Najib sentiasa menyerahkan perkara itu kepada BOD untuk membuat keputusan selayaknya secara bebas," katanya.
Selepas semua pihak selesai berhujah, Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin berkata beliau akan menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusan.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas hujahan yang begitu menyeluruh... saya memerlukan sedikit masa untuk meneliti dan menimbangnya sebelum membuat keputusan," katanya.
SRC, di bawah pengurusan baharu, telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa, menyeleweng dana syarikat dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana berkenaan.
SRC menamakan Najib dan beberapa bekas pengarahnya iaitu Datuk Suboh Md Yassin, Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Nik Faisal, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi serta Tan Sri Ismee Ismail sebagai defendan.
Keenam-enam individu kemudian digugurkan daripada saman itu.
Bagaimanapun, Najib telah menambah mereka sebagai pihak ketiga dalam saman berkenaan.
Syarikat berkenaan menuntut ganti rugi, faedah, kos dan deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami SRC akibat pelanggaran tanggungjawab serta amanah, dan menuntut beliau membayar semula kerugian berjumlah USD1.18 bilion yang ditanggung oleh syarikat itu.
SRC juga memohon perintah supaya Najib membayar USD120 juta dan Nik Faisal membayar USD2 juta kepada syarikat itu.
-- BERNAMA