[TERKINI] SARA RM100 untuk Warganegara 18 Tahun ke Atas: Tebus Guna MyKad – Baca Panduan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Minta rasuah RM5,000, perunding projek syarikat swasta direman enam hari

Bernama 16/03/2021 | 03:53 MYT
SPRM menahan lelaki itu kira-kira 1 tengah hari semalam di sebuah restoran di sekitar Tampin. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang perunding projek syarikat swasta direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta wang rasuah berjumlah RM5,000 sebagai dorongan untuk meluluskan tuntutan kerja projek pembangunan Kompleks Sukan Rembau di sini.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Syed Farid Syed Ali mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berumur 37 tahun itu bermula hari ini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Lelaki itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam di sebuah restoran di sekitar Tampin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA





#perunding projek #syarikat swasta #reman #Mahkamah Majistret #Seremban #Rasuah #SPRM #restoran #Tampin #Kompleks Sukan Rembau