awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/01/2023
08:56 MYT
Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan
Dari kiri: Nur Sabrina Ahmad, Siti Zulaiha Katemen dan Awaliyah Abd Wahab berkata, ekoran kekurangan bekalan telur dan minyak, mereka terpaksa meningkatkan harga makanan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Isu kekurangan bekalan minyak masak peket dan telur masih belum menemui titik penyelesaian apabila bahan mentah itu masih sukar diperoleh.
Sudahlah susah dicari, harganya pula meningkat.
Rata-rata peniaga yang ditemui Astro AWANI di sekitar Lembah Klang, pada Selasa mengeluh kerana perniagaan mereka terganggu berikutan kekurangan bekalan itu di pasaran.
Tiada pilihan lain, mereka terpaksa memindahkan beban harga itu kepada pelanggan.
Seorang peniaga roti canai, Awaliyah Abd Wahab, 38, berkata, disebabkan sukar untuk mendapat bekalan telur, dia terpaksa berhenti membuat roti canai telur buat masa ini.
"Pagi tadi beli telur, harga naik kepada RM14.80 berbanding sebelum ini RM12.90, selepas Tahun Baharu Cina lagi naik dan susah nak dapat.
"Macam dulu laksa dengan telur sebiji saya jual RM5, tapi sekarang saya terpaksa naikkan kepada RM6 ," katanya ketika ditemui di sini, pada Selasa.
Sementara itu, peniaga nasi lemak di Seri Kembangan, Siti Zulaiha Katemen, 55, berkata, dia sukar untuk mendapat bekalan telur sejak kebelakangan ini.
"Kadang saya terpaksa jual nasi lemak kosong tanpa telur, kalau ada pun, mungkin terpaksa naikkan harga," ujarnya.
Dalam masa sama, katanya, pembelian minyak peket juga dihadkan kepada dua peket seorang berikutan kekurangan bekalan di pasaran.
Bagi seorang lagi peniaga, Nur Sabrina Ahmad, 33, pula, dia tiada pilihan lain selain terpaksa mengurangkan kuantiti makanan yang dijual.
"Dulu mana-mana ada telur, bagi perniagaan, saya memang guna telur banyak. Dulu satu papan telur saya boleh beli dengan harga serendah RM10, tapi sekarang paling mahal saya pernah beli dalam RM18 sepapan.
"Jadi kalau saya beli tiga papan, kos meningkat secara mendadak dan memberi kesan kepada perniagaan saya. Kalau nak naikkan harga pelanggang mengadu, jadi apa saya buat, saya kekalkan harga asal tapi saya kurangkan kuantiti seperti dari telur sebiji saya kurangkan separuh," jelasnya.
Topic Berkaitan
#telur
#peniaga mengeluh
#bekalan makanan kurang
#minya peket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan