MALAYSIA
Misi FFC dan TMTG diserbu: Yakin ibu bapa selamat, teruskan misi kemanusiaan - Shamil
Walaupun bimbang, Shamil tetap yakin bahawa kedua-dua ibu bapanya dalam keadaan selamat dan mampu menghadapi situasi mencabar ini. - Foto Astro AWANI
SERI KEMBANGAN: Anak kepada dua delegasi Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FCC), Dr Fauziah Mohd Hassan dan Prof Emeritus Mohd Alauddin Mohd Ali, Shamil Mohd Alauddin, 40, menyatakan rasa bimbang berikutan berita rampasan kapal oleh tentera Zionis Israel yang berlaku sebentar tadi.
Ringkasan AI
Beliau mengakui walaupun agak terkejut dengan perkembangan yang diterima mereka.
Namun pihak keluarga telah pun bersedia menghadapi berita berkenaan.
“Kami sempat buat panggilan video tengah hari semalam bersama ibu bapa. Mereka kelihatan tenang dan sihat. Kami tak sangka berita buruk akan sampai secepat ini.
"Kami memang tak menyangka apa yang berlaku terlalu cepat," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat MyCare di Seri Kembangan pada Rabu.
Shamil berkata, walaupun dilanda kebimbangan, beliau tetap yakin bahawa kedua-dua ibu bapanya dalam keadaan selamat dan mampu menghadapi situasi mencabar ini dengan tenang dan bersemangat.
Katanya, keluarga masih menerima maklumat secara berperingkat menerusi kumpulan WhatsApp rasmi yang diwujudkan oleh pihak MyCARE bersama semua waris delegasi.
“Sampai sekarang kami bergantung kepada maklumat dari MyCARE. Mereka aktif memberikan perkembangan, walaupun belum semua maklumat dapat disahkan,” tambahnya.
Menurutnya lagi, keluarganya tidak menghubungi terus kedua-dua delegasi selepas misi bermula kerana menghormati jadual padat yang perlu dipatuhi atas kapal.
“Mereka sering terlibat dalam latihan dan simulasi keselamatan. Jadi kami memang menunggu panggilan daripada mereka, bukan sebaliknya,” ujarnya.
Meskipun situasi semasa menimbulkan kebimbangan, beliau tetap percaya semangat dan keteguhan prinsip ibu bapanya akan membantu mereka melalui ujian ini.
“Sebagai anak, memang saya bimbang. Tapi saya juga tahu siapa ibu bapa saya. Mereka pergi dengan niat murni, dan insya-Allah, akan terus berpegang pada semangat perjuangan kemanusiaan,” katanya dengan penuh yakin.
Beliau juga menzahirkan keyakinan bahawa sekiranya dibebaskan, kedua-dua orang tuanya akan meneruskan perjuangan membantu rakyat Palestin dan memperjuangkan isu kemanusiaan.
“Saya percaya mereka tidak akan berhenti setakat ini. Misi ini bukan sekadar perjalanan fizikal, ia adalah amanah jiwa dan prinsip,” ujarnya.
Keluarga kini hanya berharap agar semua pihak memberi tekanan antarabangsa kepada Israel untuk memastikan pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan termasuk delegasi Malaysia.
Sembilan buah kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG), telah dipintas tentera Israel sebentar tadi.
Menerusi kenyataan Humanitarian Care Malaysia (MyCare), penahanan itu berlaku sekitar pukul 10.50 pagi ini waktu Malaysia.
"Kesembilan kapal telah dipintas tentera Israel lingkungan jam 10.50 pagi ini waktu Malaysia.
"Lapan delegasi Malaysia diatas kapal Conscience dan seorang delegasi Malaysia di atas kapal Umm Saad,” kata kenyataan itu.
Berdasarkan paparan lintas langsung berhubung status terkini FFC x TMTG, kapal berkenaan telah melepasi garisan kuning dan sedang mendekati garisan merah dengan berbaki lebih kurang 100 batu ke perairan Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Anak kepada dua delegasi Malaysia, Shamil Mohd Alauddin, meluahkan kebimbangan selepas sembilan kapal misi kemanusiaan FFC x TMTG dipintas tentera Israel, namun yakin ibu bapanya selamat dan bersemangat menghadapi situasi mencabar.
- Keluarga delegasi bergantung kepada maklumat daripada MyCARE melalui kumpulan WhatsApp rasmi dan telah bersedia menghadapi kemungkinan buruk, sambil berharap tekanan antarabangsa dikenakan untuk pembebasan segera aktivis.
- Insiden rampasan berlaku sekitar 10.50 pagi waktu Malaysia ketika kapal-kapal berkenaan menghampiri garisan merah menuju ke perairan Gaza; lapan delegasi Malaysia berada di atas kapal Conscience dan seorang di atas Umm Saad.
Beliau mengakui walaupun agak terkejut dengan perkembangan yang diterima mereka.
Namun pihak keluarga telah pun bersedia menghadapi berita berkenaan.
“Kami sempat buat panggilan video tengah hari semalam bersama ibu bapa. Mereka kelihatan tenang dan sihat. Kami tak sangka berita buruk akan sampai secepat ini.
"Kami memang tak menyangka apa yang berlaku terlalu cepat," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat MyCare di Seri Kembangan pada Rabu.
Shamil berkata, walaupun dilanda kebimbangan, beliau tetap yakin bahawa kedua-dua ibu bapanya dalam keadaan selamat dan mampu menghadapi situasi mencabar ini dengan tenang dan bersemangat.
Katanya, keluarga masih menerima maklumat secara berperingkat menerusi kumpulan WhatsApp rasmi yang diwujudkan oleh pihak MyCARE bersama semua waris delegasi.
“Sampai sekarang kami bergantung kepada maklumat dari MyCARE. Mereka aktif memberikan perkembangan, walaupun belum semua maklumat dapat disahkan,” tambahnya.
Menurutnya lagi, keluarganya tidak menghubungi terus kedua-dua delegasi selepas misi bermula kerana menghormati jadual padat yang perlu dipatuhi atas kapal.
“Mereka sering terlibat dalam latihan dan simulasi keselamatan. Jadi kami memang menunggu panggilan daripada mereka, bukan sebaliknya,” ujarnya.
Meskipun situasi semasa menimbulkan kebimbangan, beliau tetap percaya semangat dan keteguhan prinsip ibu bapanya akan membantu mereka melalui ujian ini.
“Sebagai anak, memang saya bimbang. Tapi saya juga tahu siapa ibu bapa saya. Mereka pergi dengan niat murni, dan insya-Allah, akan terus berpegang pada semangat perjuangan kemanusiaan,” katanya dengan penuh yakin.
Beliau juga menzahirkan keyakinan bahawa sekiranya dibebaskan, kedua-dua orang tuanya akan meneruskan perjuangan membantu rakyat Palestin dan memperjuangkan isu kemanusiaan.
“Saya percaya mereka tidak akan berhenti setakat ini. Misi ini bukan sekadar perjalanan fizikal, ia adalah amanah jiwa dan prinsip,” ujarnya.
Keluarga kini hanya berharap agar semua pihak memberi tekanan antarabangsa kepada Israel untuk memastikan pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan termasuk delegasi Malaysia.
Sembilan buah kapal yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG), telah dipintas tentera Israel sebentar tadi.
Menerusi kenyataan Humanitarian Care Malaysia (MyCare), penahanan itu berlaku sekitar pukul 10.50 pagi ini waktu Malaysia.
"Kesembilan kapal telah dipintas tentera Israel lingkungan jam 10.50 pagi ini waktu Malaysia.
"Lapan delegasi Malaysia diatas kapal Conscience dan seorang delegasi Malaysia di atas kapal Umm Saad,” kata kenyataan itu.
Berdasarkan paparan lintas langsung berhubung status terkini FFC x TMTG, kapal berkenaan telah melepasi garisan kuning dan sedang mendekati garisan merah dengan berbaki lebih kurang 100 batu ke perairan Gaza.

#Freedom Flotilla Coalition
#Dr Fauziah Mohd Hassan
#Gaza
#Israel
#Mohd Alauddin Mohd Ali
#diserbu Israel
#terkini
#Global Sumud Flotilla