MALAYSIA
Misi FFC: Israel semakin ganas, delegasi Malaysia setuju pendekatan pulang segera jika dipintas
Kamarul Zaman (foto) berkata mereka mengambil maklum pelbagai cerita kurang enak, antaranya penderaan rejim Zionis ke atas peserta Global Sumud Flotilla (GSF). -Foto Astro AWANI
SERI KEMBANGAN: Sukarelawan Malaysia di atas kapal Conscience dan Umm Saad bagi misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza mengikuti rapat perkembangan delegasi negara di Istanbul, Turkiye.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata mereka mengambil maklum pelbagai cerita kurang enak, antaranya penderaan rejim Zionis ke atas peserta Global Sumud Flotilla (GSF).
“Mereka ambil tahu supaya boleh bersedia daripada segi mindset tentang kemungkinan menanti mereka.
“Daripada segi prosedur operasi standard (SOP), delegasi kita ada dua pilihan sekiranya diculik Israel.
"Pertama terus tandatangan borang deportasi untuk dihantar pulang. Kedua kita melawan dengan bertegas kita diambil masuk secara paksa, terpulang kepada masing-masing.
“Setelah perbincangan, kita delegasi Malaysia sebulat suara untuk terus tandatangan bagi memudahkan keadaan, negara kita pun tiada diplomat di Israel sana,” ujar Kamarul dalam satu sidang media, di sini, pada Isnin.
Seterusnya ahli misi, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh menerusi panggilan video berkata semangat di atas kapal masih utuh dan mereka bersedia untuk sebarang kemungkinan.
“Cuma kita bersepakat dalam senario ditawan Israel, kami akan ambil pendekatan untuk pulang segera dengan menandatangani borang deportasi, kami tidak mahu risiko berpanjangan di sana.
“Layanan Israel terhadap sukarelawan GSF yang ditahan menunjukkan mereka semakin ganas. Kami enggan memberikan tekanan tambahan kepada pemimpin negara kita.
“Kepulangan kami ini bukan menunjukkan kami takut, kerana kami berpandangan objektif misi untuk memecah masuk kepungan Israel sudah tercapai,” jelas Afandi.
Tambah Afandi, pihak kedutaan Malaysia di Turkiye ada menghubungi dirinya untuk memberikan taklimat mengenai proses dibawa keluar dalam situasi diculik Israel.
“Salinan pasport kami juga sudah dihantar kepada kedutaan Malaysia di Mesir bagi membantu urusan pengangkutan dan kepulangan ke tanah air setelah dibebaskan Israel,” katanya.
Dalam perkembangan sama, strategi baharu diperkenalkan bagi berhadapan pintasan Israel, antaranya sorakan ‘we are medics, we are journalist’.
“Kami mahu tekankan dengan sejelas mungkin kepada mereka (Israel) bahawa kami tidak membawa ancaman, ini adalah misi kemanusiaan yang murni,” ujar Kamarul.
Setakat jam 3.11 petang waktu Malaysia, pelayaran FFC sudah berada 230 batu nautika dari perairan Gaza, menghampiri zon kuning yang menandakan tahap waspada perlu dipertingkat.
Misi FFC tahun ini disertai lebih 150 aktivis dari 25 negara, membawa bekalan ubat-ubatan, makanan serta mesej solidariti antarabangsa bagi menuntut pembukaan segera koridor kemanusiaan ke Gaza yang masih disekat.
Ringkasan AI
- Sukarelawan Malaysia di kapal Conscience dan Umm Saad mengikuti rapat perkembangan delegasi negara di Istanbul dan bersedia secara mental menghadapi kemungkinan ditawan Israel.
- Delegasi Malaysia sepakat untuk menandatangani borang deportasi jika ditahan bagi mengelakkan risiko berpanjangan, dengan sokongan logistik daripada kedutaan Malaysia di Turkiye dan Mesir.
- Misi FFC membawa lebih 150 aktivis dari 25 negara dengan bekalan bantuan dan mesej solidariti, kini menghampiri zon waspada di perairan Gaza.