MALAYSIA
Misi FFC: 'Israel sengaja perlahankan kelajuan kapal supaya aktivis tiba waktu malam di Ashdod' - MyCARE
Kamarul Zaman memberikan perkembangan terkini nasib sukarelawan misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) yang ditahan Israel pada Rabu. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SERI KEMBANGAN: Sembilan delegasi Malaysia yang diculik Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition bersama Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dijangka tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel sekitar tengah malam waktu tempatan atau awal pagi waktu Malaysia pada Khamis.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar menjelaskan berdasarkan lokasi mereka dipintas iaitu 120 batu nautika dari persisiran Gaza, perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira 11 jam untuk tiba di Ashdod.
"Kapal-kapal itu bergerak pada kelajuan 11 knot, ia dikemudi sendiri oleh anggota Israel yang sengaja memperlahankan pergerakan kerana mahu sukarelawan tiba di Ashdod pada waktu malam.
"Berdasarkan misi kemanusiaan kita terdahulu, anggota rejim Zionis akan minta anak kapal untuk kemudi haluan ke Ashdod, tetapi kita tolak kerana kita mahu ke Gaza. Jadi anggota mereka yang ambil alih kapal," jelas Kamarul dalam satu sidang media di sini, pada Rabu.
Untuk rekod, sembilan kapal dalam misi kemanusiaan FFC x TMTG diserbu Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia pada Rabu, ia melibatkan sembilan delegasi Malaysia, antaranya wartawan Astro AWANI, Syaff Syukri Abdul Jalil
Dalam perkembangan sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sudah menghubungi Menteri Luar Negeri Turkiye, Hakkan Fidan untuk menguruskan kepulangan delegasi Malaysia.
"Melalui perbincangan itu, kerajaan Turkiye bersetuju untuk membawa pulang kesemua sembilan delegasi Malaysia bersama 28 delegasi Turkiye ke Istanbul sebaik dibebaskan daripada tahanan Israel," ujar Kamarul.
Sementara itu, peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) sudah dimaklumkan tentang penahanan semua 145 delegasi daripada 25 negara, termasuk sembilan warga Malaysia, mereka diberikan ''surat kuasa' untuk mewakili setiap sukarelawan.
Peguam berkenaan akan mengendalikan urusan pembebasan delegasi apabila kapal berlabuh di Ashdod.
"Cuma yang kita bimbang, jika proses perundangan untuk sukarelawan kita ditangguh sampai hujung minggu kerana pejabat ditutup dan akses peguam kepada delegasi mungkin terbatas. Sebab itu kita harap mereka tiba sebelum hujung minggu ini," kata Kamarul.
Untuk makluman, hari minggu di Israel jatuh pada Jumaat dan Sabtu, bermakna kebanyakan pejabat kerajaan berkaitan urusan pentadbiran akan ditutup pada waktu berkenaan.
Ringkasan AI
- Sembilan delegasi Malaysia dijangka tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel sekitar tengah malam waktu tempatan selepas kapal misi FFC x TMTG dipintas tentera Israel 120 batu nautika dari Gaza; perjalanan ambil masa kira-kira 11 jam.
- Kerajaan Malaysia berhubung dengan Turkiye untuk membawa pulang kesemua delegasi Malaysia bersama 28 delegasi Turkiye ke Istanbul sebaik dibebaskan; peguam ADALAH diberi kuasa untuk urus pembebasan 145 aktivis dari 25 negara.
- Kebimbangan proses perundangan tertangguh hujung minggu kerana pejabat kerajaan Israel tutup pada Jumaat dan Sabtu, yang boleh menjejaskan akses peguam kepada sukarelawan.
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar menjelaskan berdasarkan lokasi mereka dipintas iaitu 120 batu nautika dari persisiran Gaza, perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira 11 jam untuk tiba di Ashdod.
"Kapal-kapal itu bergerak pada kelajuan 11 knot, ia dikemudi sendiri oleh anggota Israel yang sengaja memperlahankan pergerakan kerana mahu sukarelawan tiba di Ashdod pada waktu malam.
"Berdasarkan misi kemanusiaan kita terdahulu, anggota rejim Zionis akan minta anak kapal untuk kemudi haluan ke Ashdod, tetapi kita tolak kerana kita mahu ke Gaza. Jadi anggota mereka yang ambil alih kapal," jelas Kamarul dalam satu sidang media di sini, pada Rabu.
Untuk rekod, sembilan kapal dalam misi kemanusiaan FFC x TMTG diserbu Israel sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia pada Rabu, ia melibatkan sembilan delegasi Malaysia, antaranya wartawan Astro AWANI, Syaff Syukri Abdul Jalil
Dalam perkembangan sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sudah menghubungi Menteri Luar Negeri Turkiye, Hakkan Fidan untuk menguruskan kepulangan delegasi Malaysia.
"Melalui perbincangan itu, kerajaan Turkiye bersetuju untuk membawa pulang kesemua sembilan delegasi Malaysia bersama 28 delegasi Turkiye ke Istanbul sebaik dibebaskan daripada tahanan Israel," ujar Kamarul.
Sementara itu, peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) sudah dimaklumkan tentang penahanan semua 145 delegasi daripada 25 negara, termasuk sembilan warga Malaysia, mereka diberikan ''surat kuasa' untuk mewakili setiap sukarelawan.
Peguam berkenaan akan mengendalikan urusan pembebasan delegasi apabila kapal berlabuh di Ashdod.
"Cuma yang kita bimbang, jika proses perundangan untuk sukarelawan kita ditangguh sampai hujung minggu kerana pejabat ditutup dan akses peguam kepada delegasi mungkin terbatas. Sebab itu kita harap mereka tiba sebelum hujung minggu ini," kata Kamarul.
Untuk makluman, hari minggu di Israel jatuh pada Jumaat dan Sabtu, bermakna kebanyakan pejabat kerajaan berkaitan urusan pentadbiran akan ditutup pada waktu berkenaan.

#Freedom Flotilla Coalition
#Global Sumud Flotilla
#MyCare
#terkini
#Himpunan Solidariti Bersama Gaza
#Pelabuhan Ashdod