MALAYSIA
Misi FFC: ‘Kami tidak serik, akan teruskan lagi pelayaran ke Gaza’ - Aktivis
Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza baru-baru ini, tiba di KLIA hari ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
SEPANG: “Misi ini bukan fasal kami, tetapi untuk saudara kami di Gaza, Kami lakukan misi ini untuk membebaskan mereka dan menyebarkan keadilan serta kebenaran yang patut disebarluaskan.”
Ringkasan AI
Itu tegas Ahli Lembaga Pengarah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hassan, ketika ditemui sejurus tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Ahad.
Beliau berkata demikian susulan pembebasannya bersama lapan lagi aktivis Malaysia termasuk wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil, yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) ke Gaza baru-baru ini.
“Kita tahu kita bertentang mata dengan IOF (Israel Occupation Forces) dan kita lihat mereka bukan seperti manusia, kerana tidak ada sedikit pun nilai kemanusiaan dalam layanan mereka,” katanya.
Menurut Dr Fauziah, petugas kesihatan di Gaza menjadi mangsa kerakusan rejim Zionis Israel apabila ada yang diseksa, dibunuh, dan ditahan tanpa sebab munasabah.
“Ramai petugas kesihatan dibunuh, diseksa, dipenjarakan. Hospital dimusnahkan, rawatan terpaksa dilakukan secara minimum tanpa peralatan perubatan. Kami sebagai doktor memang ingin ke Gaza untuk membantu sahabat kami, itu tanggungjawab kami - menyelamatkan nyawa,” ujarnya.
Namun katanya, Israel menafikan hampir semua bantuan untuk penduduk Gaza malah menghalang kemasukan wartawan antarabangsa, sekali gus menutup ruang untuk mendedahkan kebenaran.
Menceritakan lanjut mengenai serbuan tentera Israel ke atas kapal Conscience yang dinaiki mereka dalam misi itu, beliau berkata: “Kami berbincang di atas kapal dan yakin akan sampai ke Gaza, tetapi takdir Allah, kami disumbat ke dalam Penjara Ketziot selama dua hari.
“Kemanusiaan langsung tidak ada dalam cara mereka melayan kami. Tapi walau dihina, apa yang kami alami sangat sedikit berbanding rakyat Palestin yang diseksa dalam penjara tanpa tahu bila akan dibebaskan," katanya.
Jelasnya, pengalaman itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang.
“Kami semua tidak serik. Kalau diberi peluang, semua akan kata ‘ya, kami akan pergi lagi’. Gelombang akan terus datang, lebih banyak kapal akan belayar untuk memecahkan kepungan. Kami tidak akan berhenti sehingga pendudukan Israel di Gaza tamat dan rakyat Gaza bebas menentukan masa depan mereka sendiri,” ujarnya lagi.
Sementara itu, seorang lagi aktivis FFC, Prof Mohd Afandi Salleh, menegaskan misi itu bukan bertujuan mencari pengiktirafan.
“Kami kembali ke Malaysia bukan sebagai wira, bukan sebagai hero. Kami hanyalah aktivis, sukarelawan yang menyambung rantaian perjuangan untuk menunjukkan kepada dunia kezalimaan Israel terhadap Palestin," katanya.
Beliau menceritakan detik dramatik ketika kapal mereka ditahan dan diculik di perairan antarabangsa kira-kira 130 batu nautika dari Gaza, tindakan yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.
“Di Gaza, Israel bebas menghukum rakyat Palestin di tanah air mereka. Tapi kami sebagai warga dunia (tidak terkecuali) turut diculik dan diseksa di perairan antarabangsa,” katanya.
Menurut Afandi, kekejaman Israel bukan hanya berlaku di darat, malah di laut, dan disaksikan sendiri oleh peserta dari pelbagai negara.
Tambahnya, kehadiran aktivis bukan Islam dari seluruh dunia untuk melaksanakan misi kemanusiaan itu membuktikan perjuangan Palestin bukan sekadar isu agama, tetapi kemanusiaan sejagat.
“Saya lihat sendiri kapal kami penuh dengan warga Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka tahu kerajaan mereka menyokong Israel, tapi mereka cukup berani menentang kezaliman itu.
“Mereka bersama kami kerana percaya di Palestin, nilai kemanusiaan sudah hilang. Mereka mahu mengembalikan makna kemanusiaan kepada dunia.
“Isu Palestin inilah yang menyatukan golongan Islam dan bukan Islam dalam satu perjuangan menentang kezaliman,” ujarnya lagi.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Ahli Lembaga Pengarah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hassan menegaskan misi flotila bukan untuk pengiktirafan peribadi, tetapi demi membebaskan rakyat Gaza dan menyebarkan keadilan, walaupun berdepan layanan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Israel.
- Pengalaman ditahan dan dipenjara di Israel tidak mematahkan semangat aktivis, malah mereka bertekad untuk terus menyertai misi flotila akan datang bagi memecahkan kepungan Gaza dan memperjuangkan hak rakyat Palestin menentukan masa depan sendiri.
- Aktivis Prof Mohd Afandi Salleh menekankan bahawa perjuangan Palestin adalah isu kemanusiaan sejagat, disertai aktivis bukan Islam dari Eropah dan Amerika Syarikat yang menentang kezaliman Israel, serta menyifatkan penculikan di perairan antarabangsa sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.