MALAYSIA
Misi FFC: MyCARE bersiap sambut kepulangan 9 aktivis Malaysia dari misi kemanusiaan Gaza
Kamarul Zaman berkata, pesawat dari Israel berkemungkinan membawa aktivis Malaysia bersama enam aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Norway, Maghribi dan Sepanyol. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) kini dalam persiapan menyambut kepulangan sembilan aktivis Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFCxTMTG), susulan maklumat bahawa pesawat membawa delegasi tersebut dijangka mendarat di Istanbul pada jam 3 petang waktu tempatan.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar, memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat daripada pusat arahan FFC di Turkiye bahawa pesawat dari Israel dijangka tiba di Istanbul, berkemungkinan membawa aktivis Malaysia bersama enam aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Norway, Maghribi dan Sepanyol.
“Kami telah berhubung dengan keluarga aktivis bagi persiapan menyambut mereka. MyCARE akan menghantar dua hingga tiga wakil ke Istanbul untuk memberikan bantuan, termasuk pakaian, kepada delegasi Malaysia,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat MyCARE, hari ini.
Menurut beliau, peguam yang dilantik telah berjaya menemui kesemua aktivis, namun maklumat lanjut masih belum diperoleh sepenuhnya kerana waktu kerja rasmi di Istanbul belum bermula.
“Kami menjangka akan menerima kenyataan lanjut dalam satu hingga dua jam lagi. Sekiranya ada aktivis yang memerlukan rawatan, mereka akan dirawat terlebih dahulu di Istanbul. Jika semuanya sihat, kami akan uruskan kepulangan mereka ke Malaysia dalam tempoh sehari dua,” tambahnya.
Sebelum ini, kerajaan Turkiye menyatakan kesediaan untuk membantu membebaskan sembilan rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza - satu kenyataan yang turut disahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil, merupakan antara anggota delegasi FFC x TMTG yang diserbu oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada jam 10.05 pagi, Rabu lalu.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Sembilan aktivis Malaysia dijangka tiba di Istanbul selepas ditahan oleh pihak berkuasa Israel ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza; MyCARE menghantar wakil untuk menyambut dan memberi bantuan.
- Kerajaan Turkiye menyatakan kesediaan membantu pembebasan aktivis, termasuk enam dari Norway, Maghribi dan Sepanyol; Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut mengesahkan sokongan tersebut.
- Peguam telah bertemu semua aktivis, dan jika tiada keperluan rawatan lanjut, mereka dijangka pulang ke Malaysia dalam tempoh satu hingga dua hari.