MALAYSIA
Misi FFC: Sah! Sembilan aktivis Malaysia tiba di Istanbul malam ini
Astro AWANI difahamkan kesemua mereka akan dibawa keluar dari Israel selewat-lewatnya petang ini.
KUALA LUMPUR: Kesemua sembilan aktivis Malaysia termasuk wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri, yang diculik tentera Israel ketika menyertai pelayaran kapal Conscience anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC), disahkan akan tiba di Istanbul malam ini.
Astro AWANI difahamkan kesemua mereka akan dibawa keluar dari Israel selewat-lewatnya petang ini.
Menurut sumber, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah berhubung dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengenai perkembangan ini.
Wakil Astro AWANI di Turkiye, Hilal Azmi, pagi tadi, melaporkan Humanitarian Relief Foundation (IHH) memberitahu, sebuah lagi pesawat khas dari Israel dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Turkiye hari ini.
Pesawat itu difahamkan membawa keluar sekumpulan aktivis dari 22 buah negara, termasuk Malaysia, yang sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa Israel.
Pesawat berkenaan dijadual tiba pada jam 3 petang (waktu tempatan) (8 malam waktu Malaysia).
Perkembangan ini turut diperkuatkan melalui kemas kini di akaun media sosial rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri, yang memetik kenyataan Kementerian Luar Turkiye bahawa pesawat tersebut akan membawa bersama aktivis Malaysia ke Istanbul.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai ketibaan mereka, namun perkembangan ini memberi harapan besar kepada rakyat Malaysia yang mengikuti rapat perjalanan misi kemanusiaan berkenaan.