MALAYSIA
Misi Gaza capai kejayaan tidak dijangka, bantuan udara bakal tembusi kawasan terjejas - KHOM Malaysia
Nik Marina (foto) berkata kejayaan misi ini bukan sahaja pada jumlah bantuan yang berjaya dihantar, tetapi juga sambutan rakyat Malaysia terhadap seruan bantuan. -Foto KHOM Malaysia
MAFRAQ: Operasi Degupan Jantung Gaza disifatkan sebagai satu kejayaan besar yang tidak dijangka, kata Pengarah Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM) Malaysia, Nik Marina Hussin.
Ringkasan AI
Menurut beliau, pada awalnya KHOM hanya merancang menyerahkan dua lori sarat bantuan kemanusiaan kepada Pertubuhan Kebajikan Hashimiyeh Jordan (JHCO), namun dimaklumkan ia akan dihantar melalui bantuan udara (air drop).
“Hari ini, kita ada buat penyerahan dua lori, iaitu selebihnya bantuan kemanusiaan daripada dana yang berjaya dikumpulkan orang ramai dalam tempoh seminggu.
“Sampai sahaja di gudang JHCO, kami diberitahu apa yang sedang dibungkus adalah untuk dihantar melalui bantuan udara.
"Semua ini berlaku secara mengejut dan tidak dijangka, kerana sebelum ini kami merancang semua treler masuk melalui jalan darat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Mafraq, Jordan, pada Jumaat.
Walaupun berharap semua bantuan dapat disalurkan melalui jalan darat, Nik Marina mengakui langkah itu di luar kawalan mereka.
“Saya sentiasa mengulangi bantuan udara adalah pilihan yang terakhir. Namun minggu ini keadaan amat mendesak.
"Memang bantuan udara datang dengan risikonya, tetapi persoalannya, di mana ia digugurkan? Bantuan udara ini dibuat di kawasan yang lori tidak dapat masuk.
"Di sinilah, apabila orang kata mereka tidak menerima bantuan, ia bermaksud bantuan tidak sampai ke kawasan itu.
"Bantuan udara dilaksanakan supaya bantuan terus sampai kepada penduduk, dan pada masa sama mengelak serangan oleh pihak Israel.
"Apabila ia digugurkan dari udara, ia jatuh terus ke kawasan penduduk, sekali gus mengurangkan risiko serangan,” jelas Nik Marina.
Menurutnya lagi, kejayaan misi ini bukan sahaja pada jumlah bantuan yang berjaya dihantar, tetapi juga sambutan rakyat Malaysia terhadap seruan bantuan.
“Degupan Jantung Gaza adalah satu kejayaan. Saya boleh kata 98 peratus berjaya, kerana masih ada beberapa lori yang belum masuk. Tetapi dari segi kutipan dana, ia 100 peratus berjaya.
“Kita bermula dengan satu lori, bertambah menjadi tiga, dan hari ini mencecah enam lori. Termasuk semua bantuan yang kami sediakan,” katanya.
Tambah Nik Marina, penghantaran akan dilakukan menerusi kaedah bantuan udara menggunakan dua pesawat jenis C-130 dan Airbus milik Jordan.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan usaha dibuat KHOM Malaysia bersama JHCO dan Child Care Charity Association (CCCA) dengan sokongan Tentera Udara Diraja Jordan (RJAF) untuk menyalurkan lebih 1,300 kotak bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Setakat ini, KHOM Malaysia telah berjaya membawa masuk 3,246 kotak makanan dan 1,034 kotak susu bayi di bawah Operasi Degupan Jantung Gaza.
Bagaimanapun, bagi misi kali ini, hanya separuh daripada jumlah tersebut akan dihantar melalui udara, manakala selebihnya disimpan di gudang JHCO untuk penghantaran secara berfasa, sama ada melalui jalan darat atau udara, bergantung kepada keadaan semasa.
Ringkasan AI
- Operasi Degupan Jantung Gaza oleh KHOM Malaysia berjaya menghantar bantuan kemanusiaan melalui udara secara tidak dijangka, berikutan keadaan mendesak di Gaza.
- Misi ini mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia, dengan kutipan dana membolehkan penghantaran enam lori bantuan, termasuk makanan dan susu bayi.
- Bantuan udara dilaksanakan untuk memastikan bantuan sampai ke kawasan yang tidak boleh diakses oleh lori, sekali gus mengurangkan risiko serangan dan memastikan keselamatan penerima bantuan.