MALAYSIA
Misi GSF: Sidang media penahanan rakyat Malaysia 4 petang ini
Sidang media penahanan rakyat Malaysia oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza akan berlangsung jam 4 petang ini. - Gambar Astro AWANI / SHAHIR OMAR
SEPANG: Sidang media penahanan rakyat Malaysia oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza akan berlangsung jam 4 petang ini.
Sidang media itu akan disampaikan oleh Ketua Pengarah dan jurucakap rasmi Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Al-Kahery.
Astro AWANI difahamkan, beliau berada di Wisma Putra pagi ini bagi mendapatkan perkembangan lanjut mengenai penahanan rakyat Malaysia.
Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuat panggilan kepada rakan sejawatnya dari Turkiye, Mesir dan Arab Saudi bagi membincangkan tindakan lanjut susulan penahanan sukarelawan misi kemanusiaan GSF.
Sani Araby berkata, Pejabat Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Wisma Putra; Kementerian Komunikasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memantau perkembangan penahanan sukarelawan GSF.
Sementara itu, SNCC mengecam tindakan rejim Zionis memintas konvoi kemanusiaan GSF, selain menyifatkannya sebagai bacul memandangkan konvoi misi kemanusiaan itu digerakkan masyarakat sivil dari 45 negara, tanpa membabitkan sebarang unsur keganasan.