awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi Gunung Elbrus: Pendaki tiba di zon selamat

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
03/09/2017
08:00 MYT
Misi Gunung Elbrus: Pendaki tiba di zon selamat
Kumpulan pendaki Malaysia tiba di pusat pemindahan di Perkampungan Terskol pada Ahad. - Foto ehsan Ahmad Fakhri Abu Samah
Kumpulan pendaki Malaysia dalam misi menakluk Gunung Elbrus selamat tiba di Bandar Tyrnyauz selepas diterbangkan dari Perkampungan Terskol, Rusia, pada awal Ahad.
Setiausaha Persatuan Kembara Negara, Muhammad Rafi Kori berkata, kesemua 17 pendaki itu, yang pada Jumaat terkandas ekoran banjir lumpur yang melanda perkampungan yang terletak berhampiran gunung itu, akan berlepas ke Moscow pada pagi Isnin.
Kumpulan pendaki menaiki trak menuju ke pusat pemindahan di Perkampungan Terskol. Foto ehsan Ahmad Fakhri Abu Samah
Kumpulan pendaki menaiki trak menuju ke pusat pemindahan di Perkampungan Terskol. Foto ehsan Ahmad Fakhri Abu Samah
"Mereka sudah tiba di zon selamat, dan akan berlepas ke Moscow, seterusnya menaiki penerbangan pulang ke Malaysia," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu pada Sabtu, ketua ekspedisi Ahmad Fakhri Abu Samah berkata, 17 pendaki itu sedang dalam perjalanan turun menuju ke Perkampungan Terskol bagi mendapatkan perkhidmatan helikopter untuk keluar dari kawasan bencana.
Pendaki Malaysia yang terkandas dibawa menaiki helikopter ke zon selamat. Foto ehsan Ahmad Fakhri Abu Samah
Pendaki Malaysia yang terkandas dibawa menaiki helikopter ke zon selamat. Foto ehsan Ahmad Fakhri Abu Samah
Sebelum itu, mereka terkandas di kawasan Banjaran Caucasus akibat bencana banjir lumpur.
BACA: Banjir lumpur di Perkampungan Terskol, Rusia: 19 pendaki Malaysia terkandas
BACA: Misi Elbrus: 17 pendaki Malaysia berusaha keluar dari kawasan bencana
Bagaimanapun, misi mengibarkan Jalur Gemilang di puncang Gunung Elbrus tetap tercapai walaupun terpaksa berpatah balik beberapa kali kerana cuaca buruk sebelum ini.
Pendaki Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang puncak Gunung Elbrus. - Facebook Persatuan Kembara Negara
Pendaki Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang puncak Gunung Elbrus. - Facebook Persatuan Kembara Negara
Selain misi mengibarkan bendera, matlamat lain kumpulan pendaki berkenaan yang turut disertai enam pendaki wanita termasuk seorang bekas pesakit kanser, ialah ingin membawa mesej bahawa kaum wanita mampu menakluki puncak tertinggi di Eropah itu.
Topic Berkaitan
#banjir lumpur
#Gunung Elbrus
#Muhammad Rafi Kori
#Perkampungan Terskol
#Persatuan Kembara Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan