awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi mencari MH370 disambung, enam pesawat dikerah

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2014
03:03 MYT
Misi mencari MH370 disambung, enam pesawat dikerah
Operasi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi disambung pagi ini.
Pasukan Australian Maritime Safety Authority (AMSA) telah mengerah tiga pesawat P3 Orion milik Australia, sebuah pesawat P3 Orion milik New Zealand dan dua buah jet komersil bagi mencari di sekitar 36,000 km persegi di lebih kurang 2,500 km barat daya Perth hari ini.
Dua jet komersil dan sebuah pesawat RAAF P3 Orion berlepas dari Perth ke lokasi mencari sekitar pukul 6.15 pagi waktu tempatan.
Pesawat P3 Orion kedua milik Australia berlepas pada 8 pagi waktu tempatan dan pesawat P3 Orion milik New Zealand berlepas pada pukul 10 pagi tadi.
Manakala pesawat ketiga P3 Orion Australia dijangka berlepas pada pukul 12 tengahari ini.
Pesawat P3 Orion mampu terbang dalam tempoh 2 jam pencarian, manakala jet komersil selama 5 jam.
Seramai 10 sukarelawan dari State Emergency Service (SES) di Australia Barat telah ditugaskan sebagai pemerhati udara dalam jet komersil.
Sebelum ini, seramai tujuh sukarelawan SES dari Victoria telah dipertanggungjawabkan untuk tugas yang sama semalam.
AMSA melaksanakan program latihan di seluruh Australia bagi melatih sukarelawan SES sebagai pemerhati untuk misi pencarian seperti ini.
Dua kapal dagang turut berada di lokasi mencari.
Sebanyak enam kapal dagang turut mebantu misi ini sejak malam Isnin lalu.
Lokasi tersebut dikenalpasti menerusi imej satelit yang diperolehi daripada Australian Geospatial-Intelligence Organisation (AGO) yang diserahkan kepada AMSA Khamis lalu.
Imej satelit itu mengesan dua objek yang dikaitkan dengan pesawat MH370. Imej itu dikatakan petunjuk terbaik buat masa ini.
Kapal tentera laut Australia, HMAS Success sedang bergerak ke lokasi pencarian dan dijangka tiba pada tengahari.
Buat masa ini, penemuan objek tersebut belum dilaporkan.
Topic Berkaitan
#Australia
#Malaysia Airlines
#MH370
#Perth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan