IPOH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diarahkan untuk menghantar anggota sukarelawan bagi membantu misi pascabanjir di kawasan yang terjejas.
Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata arahan itu dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak, dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali bagi menggantikan 180 pegawai sukarelawan yang dihantar daripada negeri lain.
"Secara keseluruhan terdapat lebih 10,000 anggota sukarelawan yang masih aktif dan berdaftar. Di Johor sahaja, kita telah mempunyai lebih 1,200 anggota yang terlibat dan bekerjasama dengan pasukan sukarelawan Southern Volunteers.
"Saya lihat gerak kerja sukarelawan di negeri itu sangat tinggi. Bayangkan kalau 40,000 mangsa yang terjejas banjir, kita hendak bergerak tanpa penglibatan sukarelawan ini saya rasa gabung semua agensi terlibat pun belum tentu mampu. Perlu ada bantuan para sukarelawan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Setia APM Negeri Perak sempena Sambutan Bulan Pertahanan Awam 2023 di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Aminurrahim berkata bagi misi pascabanjir di Johor, pihaknya sedang menunggu keperluan menghantar anggota sukarelawan kerana negeri tersebut mempunyai sebuah jawatankuasa yang menilai segala keperluan.
Sementara itu, APM menyasarkan satu negeri satu Kampung Siaga 221 dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan persiapan awal penduduk sekiranya berdepan sebarang bencana.
"Di negeri ini kita telah melancarkannya pada 11 Mac dan dirasmikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Trolak Pekan. Kita ingin latih masyarakat supaya boleh memberi maklum balas tanpa menunggu agensi keselamatan.
"Perkara itu menjadi sasaran kepada APM bahawa Kampung Siaga 221 ini perlu ada di setiap negeri. Seterusnya, akan dikembangkan ke kawasan yang merupakan 'hotspot' bencana dan kecemasan yang boleh menjejaskan harta benda awam," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memohon pihak terlibat supaya menyemak semula permohonan untuk APM menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).
"Bermula 1990-an, APM ditawarkan untuk menyertai SMART namun ketika itu kita tidak mempunyai banyak jawatan yang tetap jadi perlu menangguh dan menolaknya.
"Tahun lepas saya bersama Menteri Tugas-Tugas Khas mengangkat APM untuk terlibat dalam pasukan tersebut. Kami sedia maklum bahawa pasukan ini tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) 19 untuk menilai keperluan untuk menambah anggota atau memberikan kepelbagaian dalam SMART," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed (tengah) bergambar bersama pegawai dan anggota APM pada Majlis Perhimpunan Setia Peringkat APM negeri Perak bersempena dengan Sambutan Bulan Pertahanan Awam 2023, hari ini. - Foto BERNAMA
514,070 murid di sabah nikmati prasarana lebih baik
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu.
Jangan politikkan isu kebajikan penjawat awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa semua pihak tidak mempolitikkan isu kebajikan penjawat awam termasuk pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri pada 1 Mei lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan Malaysia merudum, apa perlu dilakukan?
PRK Kuala Kubu Baharu: Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Saifuddin perkara itu sudah lama diteliti oleh Kerajaan Perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lepas sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Isu ladang musang king: Polis kenal pasti wakil rakyat untuk bantu siasatan
Polis kini sedang mengambil keterangan beberapa individu berhubung insiden menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan di hutan simpan di Raub.
KHSB tawar 2,340 unit teres di bawah projek Rumah Selangorku di Bernam Jaya
Sebanyak 2,340 unit rumah teres akan dibangunkan di bawah projek Rumah Selangorku berskala besar pertama di negeri ini dikenali sebagai Lagenda Ardea.
Pelaburan AI perlu dimanfaatkan di setiap peringkat masyarakat
Menurut Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. TS. Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, inisiatif ini telah disusun untuk memberi panduan yang jelas dalam sokongan terhadap ekosistem pembangunan dan penggunaan teknologi AI negara.
Mesyuarat kaji penubuhan rangkaian 5G kedua Selasa depan
Ahli Lembaga Pengarah Digital Nasional BHD (DNB) akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi mengkaji laporan usaha wajar berkaitan penubuhan rangkaian 5G kedua.
DNB, Ericsson bekerjasama memangkinkan pendigitalan
Kerjasama itu menandakan inisiatif industri perintis yang akan membuka jalan kepada teknologi termaju untuk membolehkan pendigitalan perusahaan merentas pelbagai industri berbeza dan memacu Malaysia ke hadapan sebagai negara digital terkemuka.
APM selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta di Bukit Bintang
Dalam kejadian itu, bapa kepada kanak-kanak berkenaan baru selesai menukar lampin pakai buang anaknya itu sebelum menutup pintu kereta.
Op Prihatin: 144 pegawai, anggota APM ronda seluruh Perak
Sebanyak 144 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi melakukan rondaan di lokasi panas seluruh Perak menerusi Op Prihatin.
APM perlu tingkat ketahanan nasional demi kesejahteraan rakyat - TPM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) perlu bergerak ke hadapan dalam meningkatkan ketahanan nasional demi keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.
Cuaca panas: Penduduk Sik diminta waspada reptilia berbisa
Penduduk di daerah Sik diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran reptilia berbisa di kawasan persekitaran rumah masing-masing susulan cuaca panas ketika ini.
APM sasar satu platun CDA-ERT di setiap cawangan LPP menjelang akhir tahun 2024
Ia seiring kehendak kerajaan untuk merekrut penjawat awam sebagai anggota CDA-ERT bagi menjadi responden pertama mendepani sebarang bencana.
'King Cobra' 20 kilogram berehat bawah almari dapur berjaya ditangkap
Seekor ular tedung selar dengan berat 20 kilogram sedang 'berehat' sambil melepaskan dengusan yang kuat.
Biawak tersekat dalam lubang tandas pasar raya
Kepala biawak seberat empat kilogram tersumbat dalam sebuah lubang tandas lelaki.
APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir seluruh negara
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengenal pasti kira-kira 6,000 'hotspot' banjir di seluruh negara sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini hingga Mac depan.
Lebih 13,000 anggota APM sedia digerakkan hadapi banjir
APM bersedia menggerakkan lebih 13,000 anggotanya dalam tempoh 24 jam ke seluruh negara bagi menghadapi banjir susulan Monsun Timur Laut.
APM sasar latih 330,000 orang awam ilmu asas pertahanan awam setahun
Tahun ini APM telah melatih 240,000 orang awam yang terdiri daripada golongan pelajar serta kakitangan agensi kerajaan.