awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi tangkap dua harimau belang di Pos Bihai, penduduk kampung diminta berpindah sementara

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
13/12/2021
09:03 MYT
Misi tangkap dua harimau belang di Pos Bihai, penduduk kampung diminta berpindah sementara
Dalam rakaman berkenaan, dua ekor harimau belang dilihat berkeliaran di kawasan kampung dan tidak takut apabila didekati manusia.
GUA MUSANG: Beberapa video yang tular sejak semalam yang memaparkan dua ekor harimau belang berkeliaran di kawasan perkampungan Orang Asli di Gua Musang, telah mendapat pengesahan daripada Jabatan Perhilitan Kelantan, yang memaklumkan, aduan dari penduduk Remau, Pos Bihai itu telah diterima pada jam 5 petang 10 Disember lepas.
Dalam rakaman berkenaan, dua ekor harimau belang dilihat berkeliaran di kawasan kampung dan tidak takut apabila didekati manusia.
Pihak Perhilitan yang turut menerima video berkenaan melalui aplikasi WhatsApp menjelaskan, Kampung Remau merupakan salah satu kampung di Pos Bihai selain tujuh lagi kampung dalam pos berkenaan.
Susulan laporan itu, Perhilitan telah menjalankan siasatan dan memasang perangkap kamera di lokasi kejadian pada 11 Disember lepas.
Semalam, pihak Perhilitan dengan lapan kakitangannya telah memasang dua unit perangkap dikenali sebagai ‘perangkap wahab’ di kawasan berkenenaan dengan mengumpankan kambing hidup.
Operasi tangkapan harimau itu perlu dilakukan kerana masih berkeliaran di kawasan kampung berkenaan.
Bagi memastikan keselamatan penduduk, penduduk di Kampung Remau diminta berpindah sementara ke kampung berhampiran iaitu di Kampung Tendrik, manakala laluan masuk ke Kampung Remau ditutup sementara bagi melancarkan operasi tangkapan dua harimau berkenaan.
Mengikut rekod jabatan, seekor harimau belang betina pernah ditangkap di Kampung Badak, Pos Bihai pada 15 Julai 2021.
Ia berjaya ditangkap selepas insiden menyerang seorang penduduk kampung.
Harimau belang berkenaan diberikan gelaran ‘Syamilla Bihai’ dan ditempatkan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan.
Pihak Perhilitan akan terus menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan sehingga operasi menangkap dua ekor harimau berkenaan berjaya.
Topic Berkaitan
#Harimau belang
#pos bihai
#Gua Musang
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan