awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri bau busuk bongkar kematian warga emas

Sinar Harian
Sinar Harian
24/12/2022
00:00 MYT
Misteri bau busuk bongkar kematian warga emas
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah pada Jumaat untuk tindakan lanjut. -Foto Sinar Harian
KUALA PILAH: Misteri bau busuk di Rumah Rakyat Dangi di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, identiti mayat lelaki berusia 67 tahun itu dikenal pasti sebagai Md Nor Dahalan.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa sudah meninggal dunia tiga hari dan kematiannya disahkan oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Johol.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan kepada media pada Jumaat.
Sementara itu menurut penduduk, mereka pernah memanggil mangsa dengan mengetuk pintu rumah berikutan terhidu bau busuk dan turut menghubungi isterinya, namun gagal mendapat jawapan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rumah Rakyat Dangi
#warga emas
#Md Nor Dahalan
#bau busuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan