MALAYSIA
Misteri bau busuk terjawab, lelaki ditemui maut dalam kereta
Seorang lelaki ditemui maut dalam kereta di stesen minyak Bandar Perdana, Sungai Petani. - Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Misteri bau busuk dari sebuah kereta di stesen minyak di Bandar Perdana di sini terbongkar setelah menemukan seorang lelaki maut dalam kenderaan itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, penemuan mayat itu disedari orang ramai yang berada di lokasi terbabit petang Jumaat.
Menurutnya, polis menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 3.15 petang melalui panggilan yang diterima daripada orang awam.
“Pengadu memaklumkan sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir sejak 4 September lalu dan terdapat seorang lelaki di dalamnya dalam keadaan tidak bergerak dan berbau busuk,” katanya.
Menurut beliau, pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa dikenali sebagai Amear Mat Isa, 51, dari Kampung Bukit Choras, Pendang.
“Tiada sebarang kesan atau unsur jenayah ditemui pada tubuh mangsa.
"Bagaimanapun, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta itu masuk ke kawasan parkir berkenaan sekitar jam 3 pagi 3 September lalu,” katanya.
Hanyan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikesan mempunyai sejarah penyakit.
Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultan Abdul Halim pada Sabtu untuk mengetahui punca kejadian. - Sinar Harian