awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia melonjak 1.4 peratus, cecah paras tertinggi baharu sejak pertengahan Okt 2018
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri bau busuk terungkai, mayat pesara kerajaan ditemukan dalam rumah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/06/2023
09:57 MYT
Misteri bau busuk terungkai, mayat pesara kerajaan ditemukan dalam rumah
Ramsay Anak Embol berkata, siasatan awal mendapati rumah terkunci dari dalam dan pintu terpaksa dipecahkan dengan bantuan pihak bomba. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Misteri bau busuk di sebuah rumah yang berkunci di Seksyen U15 di sini terungkai dengan penemuan mayat seorang wanita warga emas pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, siasatan awal mendapati rumah terkunci dari dalam dan pintu terpaksa dipecahkan dengan bantuan pihak bomba.
"Mangsa yang berusia 63 tahun itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari di ruang tamu rumah tersebut berdasarkan keadaan yang telah berbau," katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.
Ramsay berkata, siasatan mendapati mangsa yang merupakan pesara kerajaan tinggal seorang diri di rumah tersebut.
"Mangsa dipercayai hanya datang sekali sekala daripada Pahang," katanya yang memaklumkan mayat ditemukan kira-kira pukul 1 tengah hari Sabtu.
Kes itu katanya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Beliau memberitahu, mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat dan usaha mengesan waris mangsa sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#mati mengejut
#bau busuk terungkai
#polis
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan