awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri bau busuk terungkai, mayat warga emas ditemui di dalam rumah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/05/2021
08:47 MYT
Misteri bau busuk terungkai, mayat warga emas ditemui di dalam rumah
Pasukan polis yang pergi ke tempat kejadian melihat mayat mangsa di dalam rumah tetapi tidak boleh memasukinya kerana berkunci, sebelum meminta bantuan pihak bomba. - Foto JBPM
IPOH: Misteri bau kurang menyenangkan dari sebuah rumah di Taman Ipoh, di sini, terungkai apabila mayat seorang warga emas di temui di bahagian dapur rumah itu, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.10 pagi daripada seorang lelaki, yang memberitahu sudah tiga hari tidak nampak jirannya.
Di samping itu, katanya, lelaki tersebut memberitahu terdapat bau kurang menyenangkan dari rumah berkenaan.
Menurutnya, pasukan polis bertugas pergi ke tempat kejadian dan melihat mayat mangsa di dalam rumah tetapi tidak boleh memasukinya kerana berkunci, lalu meminta bantuan pihak bomba.
“Pasukan bomba yang sampai telah membantu memotong gril belakang rumah dan menjumpai mayat yang dianggarkan telah mati dalam tempoh lima hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.
A. Asmadi berkata, pihak polis sedang berusaha mengesan butiran diri mangsa dan waris, termasuk sekiranya ada sejarah perubatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Menurut beliau, mayat mangsatelah dibawa ke unit forensik untuk ujian COVID-19 dan bedah siasat.
Topic Berkaitan
#mayat
#COVID-19
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#bomba
#Ipoh
#mayat busuk
#bau busuk
#Taman Ipoh
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan