awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri dua rangka manusia atas bumbung bangunan di Sitiawan

Bernama
Bernama
16/10/2023
15:50 MYT
Misteri dua rangka manusia atas bumbung bangunan di Sitiawan
Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan, sebuah bank di Sitiawan, pagi Isnin. - Gambar hiasan
IPOH: Dua rangka manusia ditemukan di atas bumbung bangunan bersebelahan, sebuah bank di Sitiawan, pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan penemuan itu pukul 10.20 pagi.
"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak, beberapa potongan salotip berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata turut ditemukan di lokasi tersebut ialah cebisan baju kotor kemeja putih, sarung bantal biru, bungkusan plastik merah berisi, disyaki tengkorak manusia setiap satu dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.
Katanya rangka tersebut telah dihantar ke unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung ASP Azalan Ab Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rangka manusia
#atas bumbung bangunan
#Sitiawan
#Polis Daerah Manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan